kedai mamak

Icon

teh tarik roti canai

Abu Dujanah, Landak dan Yang Mengaku Bercinta

P1010032Abu Dujanah memeluk Nabi Allah Muhammad saw untuk melindungi baginda. Habis busur-busur panah menusuk punggung Abu Dujanah satu persatu. Lantas, punggung itu seperti landak. Ini pengurbanan seorang sahabat, bukti cinta pada Nabi Allah Muhammad saw saat diserang pasukan berkuda kuffar yang diketuai Khalid Al Walid ketika Ghazwah Uhud.

Lalu, kita memahami bahawa mengaku cinta pada Nabi Allah Muhammad saw itu sebuah pengurbanan, bukan semata sebuah pengakuan.

“rukun iman : percaya kepada nabi…”

Filed under: Dakwah

So, its a mixed feeling.

We got Sodium Chloride if put Sodium and Chlorine in a beaker. We call it chemistry.

Nevertheless, the mix between masam, manis and pedas, the chef couldnt manage to put it into words. Thats why they call it ikan 3 rasa.

valeniciamufc-55756ronaldo(1)43207owen42721_news

Carlos-Tevez-Manchester

…and, its exactly how i feel right now.

SergioAguero_602980

Kun Aguero, i beg u

Filed under: Coretan

Adil Itu Keluar Penjara

Seluruh dunia, penyumbatan manusia ke dalam penjara sering dijadikan senjata. Jelek dan termuntah-muntah bila mengingatkan bahawa wujud penyumbatan tanpa pengadilan. Seolah-olah, Paleolitik, Mesolitik dan Neolitik menjadi model bagi tamadun kita. Dunia tanpa aturan dan sistem.

DSCN1774

Syabas Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh (kanan). Bulan lepas, saya
menyertai perkhemahan bersama beliau. Sungguh terkesan bila dipesan
beliau akan peri pentingnya kita berpegang pada Al-Quwwah wa Al-Amanah. (28:26)

Dalam negara, saya konsisten mengatakan bahawa pemansuhan ISA itu perlu dan penting. Kalau mahu perbincangan ilmiah tentang itu, ya silakan. Geli bila terdapat suara yang menyokong ISA atas nama Islam. Oh yea, mari sertai Perhimpunan Mansuhkan ISA.

Juga, penyumbatan ini telah menular di kalangan sesetengah kita. Harapan tinggal harapan.

hamas_plc

Luar negara, rakus dan kejam Zionis tidak perlu diceritakan lagi. Kempen bebaskan ahli parlimen Palestin yang diculik telah dilancarkan baru-baru ini. Maaf Palestin, saya terlambat beberapa hari mengetahui akan berita pelancaran kempen ini dek kesibukan dan penyertaan dalam Konvensyen Mahasiswa Nasional baru-baru ini. International Campaign for Releasing the Abducted PLC Members mempunyai beberapa objektif seperti bagi menyedarkan orang ramai tentang isu ahli-ahli parlimen yang ditahan dalam penjara Zionis, serta mendedahkan segala kezaliman dan kekejaman yang dilakukan terhadap beberapa para wakil rakyat Palestin yang sah setelah mereka dihumban ke dalam penjara lebih 3 tahun. Harapan saya supaya Parlimen Malaysia turut serta dalam kempen ini.

Terpenting, penyumbatan-penyumbatan ini suatu perobekan pada hak asasi manusia. Dan, adil itu keluar penjara.

“islam itu yang paling tinggi…”

Filed under: Coretan

Wacana Ilmiah

“The seeker after truth should be humbler than the dust” (Mahatma Gandhi)

The only another realm of knowledge is ignorant. And, since I was in secondary education, I prayed any intellectual discourse can be watched live on our television channels. I mean, the real one.

When PAS invited UMNO to sit down and have intellectual discourse together, I hope both of them mean it.

It is not an intellectual discourse if its only between two political parties.

It is not an intellectual discourse if the panelists are only among those politicians, not academicians.

It is not an intellectual discourse if the panelists come with dogmatic mindset.

It is not an intellectual discourse if its only full of emotion.

It is not an intellectual discourse if the moderator is so bias and have no respect to the truth.

It is not an intellectual discourse if they have no humility while advocating ideas.

It is not an intellectual discourse if they lie with their facts and figures.

It is not an intellectual discourse if they dont want to listen and consider others’ opinion.

It is not an intellectual discourse if they only want to protect their leaders’ miswords.

It is not an intellectual discourse if they are not discussing, but accusing and attacking.

It is not an intellectual discourse if they themselves are not intellect.

“for better tomorrow…”

Filed under: Coretan

Hafaz

Semalam, saya memberi taujih perihal surah al-fatihah kepada teman-teman di KMB. Sebagai persediaan, saya menghafaz ini.

يَوۡمَ لَا يَنفَعُ مَالٌ۬ وَلَا بَنُونَ . إِلَّا مَنۡ أَتَى ٱللَّهَ بِقَلۡبٍ۬ سَلِيمٍ۬

“Di hari harta dan anak tidak bermanfaat. Kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera” (As-Syu’ara’ : 88-89)

Qalbun Saleem

“ini bukan sekadar hafalan…”

Filed under: Thaqafah

Kental

1.

Al-Hidayah tempat membina ilmu

Membentuk peribadi yang sejati

Ilmu iman ihsan diganding sekali

Amal menjadi bukti (2x)


Bagai cahaya terang yang menyinar

Menyuluh jalan kehidupan

Memberikan satu pengharapan

Umat yang kelesuan


Maju terus lah Hidayah maju

Demi generasimu yang baru

Usaha tanpa kenal pada jemu

Bekerja berganding bahu (2x)


Ulang rangkap 2

Ulang rangkap 1


Oh, ini lagu Sekolah Al-Hidayah Ipoh. Sekolah dulu-dulu. Pergi sekolah tu naik basikal.

2.

Jihad_by_JalehMinau

Biasanya jawapan yang pertama tu lahir dari hati.

Bila guru tanya apa cita-cita kamu, rakan-rakan dan saya akan jawab mati syahid. Oh, guru mahu cita-cita pekerjaan rupanya. Itu waktu darjah 1 hingga darjah 6, dulu-dulu.

Meningkat dewasa, satu-persatu rakan-rakan saya gugur dan lari.  Sedih memang la sedih. Dulu kata nak mati syahid sama-sama, hmm. Tapi, tak apa la, ada sebahagian yang terus memberi sinar harapan. Biasala tu, ikut Pareto’s Principle. Syukur juga kerana rakan-rakan baru terus menguatkan semangat saya dalam jalan juang ini. Benarlah, Allah tak pernah menipu. Pendokong Islam sentiasa ada, tinggal nak atau tak saja.

3.

Sepertimana cita-cita menjadi ahli ekonomi perlukan azam dan tindakan, tiada bezanya dengan cita-cita mati syahid, juga perlukan azam dan tindakan.

Azam untuk terus beriman. Tindakan untuk terus berjuang.

“syahid setinggi cita-cita kami…”


Latar Belakang “Kental” :  saya sebenarnya sedang menelaah konsep pendidikan dalam islam menjelang persidangan antara mahasiswa yang akan diadakan tidak lama lagi. Teringat saya nostalgia sekolah saya dulu-dulu. Sekolah kampung je. Pernah saya bawak seorang rakan melawat sekolah itu, spontan dari dia “Weyh mar, biar betul ko sekolah kat sini!?”

Filed under: Coretan

Cuti ini

Cuti ini, ramai yang berprogram. Alhamdu Lillah.

Buat mereka yang ingin masuk hutan, gua dan seumpamanya :

“Ya Ard, robbi wa robbukillah. A’uzubillahi min syarriki wa syarrima fiiki wa syarri ma yadubbu alaiki wa syarri ma khuliqa fiiki. A’uzubilahi min asadin wa aswadin wa minal hayati wal aqrab wa min sakinil bilad wa min walidin wa ma walad”

Wahai Bumi, tuhan aku dan tuhan kau adalah Allah. Aku berlindung dengan Allah dari kejahatan kau dan kejahatan apa yang ada pada kau, dan kejahatan apa yang menjalar di atas kau, dan kejahatan apa yang dicipta pada kau. Aku berlindung dari singa dan haiwan berbisa, dan dari ular dan jengking, dan dari penghuni tempat ini dan dari apa yang melahirkan dan apa yang dilahirkan”

“Allah pemilik mutlak jagat raya..”

Filed under: Thaqafah

Mommy

…confirm korang nak nampak muda en

Hari tu, Ummi dan aku ke kedai buah. Tauke tu cakap kat Ummi :

“Haiya, adik ka?”

!!!!????

Oh yea, Ummi selalu qiamullail. Tu pasal la kot…

“ke aku yang nampak tua….?”

p/s : amal itu apabila ikhlas dan ittiba’

Filed under: Coretan

Buat aktivis dakwah islam

Which one are we more obsessed :

implementing the law or reforming the society?

if one is our group members or if one understands the true Islam?

if one is following our says or if one is following Allah’s says?

talking or doing?

preserving or listening?

Filed under: Dakwah

Al-Ustaz Dr. Fathi Yakan

Dunia digemparkan dengan berita pemergian tokoh aktivis pergerakan Islam tersohor Al-Ustaz Dr. Fathi Yakan semalam di usia lewat 76 tahun. Moga syahid anugerah ke atas beliau dari Tuhan. Mengingati sosok Almarhum Dr. Fathi bererti mengingati pengenalan awal dunia usroh kepada saya.

fathi-yakan

Karya agung milik beliau, Maza Yakni Intima’i Lil Islam “Apakah Ertinya Saya Menganut Agama Islam”, digunapakai malah diulang-ulang dalam pertemuan usroh mingguan saya suatu ketika dahulu. Ketawa kecil saya bila mengingatkan pengembaraan awal dalam dunia usroh tersebut kerana mengulang-ulang buku yang sama saban tahun kadang kala begitu menjengkelkan. Namun, hari ini saya menyingkapnya sebagai suatu hikmah dari Tuhan yang sukar difahami bahkan begitu terkesan di hati. Usroh itu saya gelar Usroh Maza Yakni. Lembaran demi lembaran diselak hingga lusuh dan kuning menelosori aqidah, ibadah, akhlak, kekeluargaan, kawalan diri dan akhirnya perlunya saya menyakini masa depan adalah milik Islam. Juga, urgensi berjamaah dalam menjayakan misi rahmatan lil alamin turut dikupas oleh beliau. Lalu, pandangan alam saya berubah lantas merasai sempit lubang jarum begitu luas dengan hidayah dan inayah Allah azza wa jalla.

Dalam satu program qiamullail, saya ditaujih oleh saudara satu saff Akh Kamarul bahawa intima’ itu bererti meleburkan diri. Ya, saya jadi yakin bahawa hidup saya hanya untuk dileburkan pada Islam dan perjuangannya. Kini, Akh Kamarul sedang bersama barisan dakwah di Mesir dan saya masih di sini, terus gigih mengikut jejak langkah beliau dan para du’at.

Buat umat Muslimin, ayuh kita yakini masa depan adalah milik Islam malah kita perlu berusaha mengisi kemenangan tersebut!

Al-Fatihah

Filed under: Coretan

IKLAN : MAJLIS PERKAHWINAN ISLAMIK!!

ANDA ATAU KENALAN ANDA MAHU MELANGSUNGKAN MAJLIS PERKAHWINAN?? ANDA MAHU MAJLIS PERKAHWINAN ANDA BERTAMBAH RAHMAH DAN BARAKAHNYA?? SELAIN DARIPADA TUALA KECIL, KUIH MUIH, DAN LAIN-LAIN SEBAGAI CENDERAMATA SEPERTI YANG SUDAH MENJADI KEBIASAAN, ANDA MAHUKAN KELAINAN?? ANDA MAHUKAN MAJLIS PERKAHWINAN ANDA ISLAMIK?? ANDA MAHU KEUNIKAN DALAM MAJLIS PERKAHWINAN ANDA?? PRODUK YANG KAMI TAWARKAN : 1. AL-MA'THURAT (BUKU COMEL/CD/AUDIO) 2. ASMA' AL-HUSNA (BUKU COMEL/CD/AUDIO) 3. KALENDAR ISLAMIK (SAIZ KECIL/MEJA) 4. APA-APA SAHAJA CENDERAMATA PRODUK ISLAMIK YANG ANDA IMAGINASIKAN!! SELAIN ITU, KAMI JUGA MENAWARKAN : PAKEJ UMRAH BAGI MEREKA YANG MAHU HONEYMOON DI TANAH SUCI!! (KAMI MENYEDIAKAN KHIDMAT MEMINJAM WANG DARIPADA BANK AR-RAJHI BAGI MEREKA YANG KURANG BERKEMAMPUAN) KAMI MENJALANKAN KERJASAMA ANTARANGSA BERSAMA: PAK BUDI DAN ISTERI DARI INDONESIA 1. BEKAS TENAGA KERJA DI ESQ 165 2. AHLI PARTAI KEADILAN SEJAHTERA (PKS) HUBUNGI : AMMAR BIN ROSLIZAR (013-2026474) HEBAHKAN!! MOGA ADA KELAINAN DAN BARAKAHNYA DALAM MAJLIS PERKAHWINAN DI SELURUH MALAYSIA!!

Nakbah Filistin

FREE PALESTINE

Mamak dan PerMamakan

KEDAI MAMAK : untuk penChenta roti canai & teh tarik. 24 jam dibukak. boleh pilih nak kuah kari ke kuah dal. boleh tambah kalau nak sambal lebih. boleh jugak nak mintak teh tarik gelas besar ke gelas biasa. boleh je nak buat teh tarik yang kow. Yang penting, hidup mesti mau lepak, di Kedai Mamak. MAMAK : Tinggiku pendek, mukaku berjerawat, hidungku kembang, rambutku agak-agak kerinting. Bila Allah telah menciptakan, lalu Dia lah yang menyempurnakannya. Lantas, aku kembali kepadaNya.

Repekan Mamak

If the world is a sphere, why must we think inside a box? (Mamak)

Geng Mamak

  • 35,439 Sahabat

Dulu Kini Selamanya

July 2009
M T W T F S S
« Jun    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Blog

Islam

Ummah

Usroh

Web

Wordpress