Soft Power ; Pendekatan Gerakan Islam Yang Lebih Sesuai

Ada Gerakan Islam yang memilih Jalur Keras, dan ada yang memilih Jalur Lembut.

Kadang kala, Gerakan Islam yang memilih Jalur Keras dilihat sebagai jaguh, dan yang memilih Jalur Lembut pula dilihat seperti menggadaikan prinsip.

Adakah persepsi ini benar?

Persoalan ini boleh dijawab dengan memahami konsep Soft Power dan Hard Power, yang diperkenalkan oleh Joseph Nye.

Image

Maksud ‘Power’ ialah ‘the ability to influence the behavior of others to get the outcomes you want’. Terdapat beberapa cara untuk mempengaruhi orang lain :

1. Paksa

2. Duit

3. Constructive Engagement

Jalur Keras akan memilih cara pertama dan kedua. Manakala Jalur Lembut akan memilih cara ketiga iaitu constructive engagement.

Di level negara, sektor yang sering diguna pakai bagi Jalur Keras ini ialah ketenteraan dan manipulasi ekonomi. Jalur Lembut pula cenderung kepada teknik kesepakatan polisi dan diplomasi.

Mereka yang cenderung kepada Jalur Keras akan lebih percaya bahawa kekuatan itu terbina apabila kita berjaya memaksa pandangan kita kepada orang lain. Fokus kepada pembinaan kekuatan itu ialah supaya kekuatan orang lain menjadi lebih inferior. Oleh itu, hubungan antara mereka dan orang lain ialah hubungan paksa atau ‘carrot and stick’.

Namun begitu, Jalur Lembut tidak melihat itu sebagai suatu kekuatan melainkan suatu tekanan yang dikenakan. Perubahan tingkah laku ini berlaku secara out-in dan biasanya tidak bertahan lama. Apabila suatu hari tekanan itu sudah terlalu kuat, ia boleh memuntahkan suatu kuasa yang luar biasa dan menyerang kembali kuasa Jalur Keras ini.

Berlawanan dengan itu, Jalur Lembut akan fokus pada membina nilai dan polisi yang menarik minat orang lain, sehingga membuatkan mereka ingin mencontohi dan mengaplikasikan nilai dan polisi ini. Jalur Lembut sering dilihat seperti berkawan dengan semua orang termasuk musuh kerana mengadakan constructive engagement atau diplomasi, namun hasil yang ingin dicapai bukan penggadaian prinsip malah menjadi qudwah.

Merenung kisah Hudaibiah, tidak ramai yang dapat memahami hikmah dan kesan baik Jalur Lembut ini, melainkan beberapa orang.

Malah jika kita menghayati makna akhir bagi Gerakan Islam iaitu Ustaziatul Alam, maka kita akan mendapati bahawa Soft Power ialah jalur yang lebih sesuai. Saat itu, orang lain secara sukarela mahu menjadi murid kepada kita, tanpa dipaksa.

Bagi Jalur Keras yang sering mendabik dada sebagai jaguh dan mengherdik Jalur Lembut, kita katakan pada mereka ini sebenarnya bukan Jalur Lembut yang menggadaikan prinsip, tetapi Jalur Halus yang hanya difahami oleh mereka yang menghargai apa yang tersirat di sebalik sesuatu.

Qolu salama.

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s