Of Mr. President

Saya selalu diberitahu satu cerita tentang Hasan alBanna.

Dalam satu program Ikhwanul Muslimin, Hasan alBanna menyusun kerusi untuk para tetamu. Beliau ditegah oleh seorang Ikhwah, ‘Engkau ialah pimpinan Ikhwanul Muslimin, tinggalkan pekerjaan menyusun kerusi ini kepada aku’

‘Aku belum pasti,’ jawab Hasan alBanna, ‘ceramahku dalam program ini atau amal menyusun kerusi ini yang bakal membawaku ke syurga.’

* * * * *

Saya bekerja di satu aras yang sama dengan Presiden IKRAM. Jangan salah sangka, pekerjaan saya ini biasa sahaja dan semua orang boleh buat. Tiada yang istimewa.

Oleh itu, saya selalu terserempak dengan Presiden, nama pun ofismet. Beliau seorang yang sangat suka berfikir dan berzikir ketika berjalan sorang-sorang, tapi bila terserempak dengan saya, mesti senyum. Senyum dia juga agak comel, macam kanak-kanak ribena.

Semalam adalah pertama kali saya menghadiri satu mesyuarat bersama Presiden.

Image

Ini la ofismet saya tu

Oleh kerana saya paling muda, saya juga selalu dibuli supaya menyediakan makanan dan minuman untuk ahli mesyuarat. Oh ya, itu memang kerja saya sebenarnya. He He.

‘Mereka buli enta ye akhi,’ gurau Pakcik Zaid Kamaruddin sambil mengukir senyuman penuh nampak semua gigi.

Di dalam mesyuarat, saya perhatikan yang Presiden suka mendengar dan memahami pandangan ahli mesyuarat lain berbanding memaksakan pandangannya. Ketika memberikan arahan pula, Presiden akan melakukannya dalam keadaan yang santai dan comel, tetapi dihormati yang lain.

Nasib baik saya tak kena apa-apa arahan, sebab saya muda lagi.

Apabila tamat mesyuarat, menjadi tugas saya untuk mengemas kembali bilik mesyuarat. Saya basuh semua cawan dan buang semua pinggan polistrin.

Malangnya, saya hanya sempat basuh cawan sahaja, kerana Presiden lebih cepat dan tangkas mengambil plastik sampah berwarna hijau dan mengutip semua pinggan polistrin. Tak sempat saya nak kutip sampah tu.

Ini contoh plastik warna hijau.

Ini contoh plastik sampah warna hijau.

Apabila Presiden letak plastik sampah hijau di tepi, saya cepat-cepat ambil untuk meletakkannya di luar pejabat. Plastik sampah hijau itu ditinggalkan diluar bilik mesyuarat sebentar kerana nak ambil dulu beg saya dan satu lagi plastik sampah yang tertinggal di dalam bilik mesyuarat itu.

Sebaik sahaja saya nak keluar dari bilik, Presiden terus cepat-cepat ambil balik plastik sampah hijau tadi dan bertanya, ‘Di tangan enta tu plastik sampah jugak ke? Meh sini, ana letak kat luar’.

‘Eh bukan, ini bukan sampah’. Terpaksa tipu sunat, takkan nak biar Presiden buang dua plastik sampah kot.

Sori ye Presiden, tipu sunat aje. Hu Hu.

Di dalam kereta pulang ke rumah, saya mengimbau kisah Hasan alBanna menyusun kerusi yang selalu diberitahu pada saya.

Rupa-rupanya, “Hasan alBanna” hidup lagi.

8 thoughts on “Of Mr. President

  1. Tak sangka anta ni menjadi orang kanan Presiden. Hebat la anta nie. huhu~ ^_^

  2. Ana biasa je lepak2 dengan Presiden kat rumah dia.
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    Tapi Presiden ISN la :P

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s