Lagenda

Lagenda ialah apa dan siapa yang masih dikenang pada zaman seterusnya. Bererti, ia menjadi sesuatu yang melangkaui zaman keberadaannya.

Mengapa P Ramlee itu lagenda? Kerana kelakarnya bukan kelakar kosong, tetapi ada kritik sosial yang mendalam bagi segenap bidang kehidupan rakyat Malaya – masyarakat, pasar dan tanah air.  Malah, kritik sosial itu masih relevan untuk masalah zaman ini.

Mengapa Zhilal itu lagenda? Kerana ia mengembalikan makna wahyu pada tempat yang sepatutnya, bahawa ayat demi ayat alQuran itu diturunkan bagi menjawab setiap dimensi persoalan dan permasalahan manusia. Maka, Zhilal itu relevan pada setiap zaman yang memerlukan pada jawapan dari makna alQuran – iaitu setiap zaman.

Dua tahun sebelum Fathu Makkah, Allah telah menurunkan ayat ‘inna fatahna..’ yang memberi visi masa hadapan – akan sampai masanya kalian akan masuk ke Baitullah secara aman. Dr Said Ramadhan alButi menjelaskan dalam buku Fiqh Seerah bahawa saat penurunan ayat tersebut, majoriti sahabat tidak mampu memaknai ayat tersebut. Sampai dua tahun selepas itu barulah mereka sedar bahawa alQuran telah mendahului mereka.

Perang Uhud, sebagai contoh lain, telah diramalkan satu tahun sebelum melalui surah alAnfaal, dengan peringatan bahawa jangan Kaum Muslimin tergoda dengan dunia. Kenyataannya selepas perang Uhud bahawa ia benar-benar terjadi.

Idea yang ditawarkan oleh gerakan dakwah perlu mengambil sifat alQuran ini – melangkaui zaman – untuk menjadi lagenda. Selain visi Syurga, ia perlu juga menawarkan sesuatu yang memenuhi realiti kehidupan – makan, tempat tinggal, pekerjaan dan sebagainya. Bukan sekadar emosi keagamaan.

Idea-idea tentang realiti kehidupan tersebut sifatnya menolak ke hadapan. Memenuhi keperluan zaman ini. Menjangkaui keperluan zaman depan.

Barulah dakwah jadi lagenda.

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s