Perguna Palestin

Isu Palestin kini sudah melangkah setapak maju. Umum maklum, Palestin sering dikaitkan dengan Kebenaran.

Lalu, terdapat beberapa pemimpin negara yang mempergunakan Palestin bagi menunjukkan kepada dunia kononnya mereka adalah pejuang Palestin sekaligus mereka Benar dan perlu disokong-undi oleh rakyat sendiri.

Contohnya ialah Muammar Gaddafi. Walau niat sebenar beliau tidak diketahui, laungan kononnya berjuang untuk Palestin tidak menjadikan beliau yang benar dan yang layak memimpin. Paling mudah, tidak kedengaran (dan mungkin ini disebabkan keterbatasan dan kelemahan saya) bahawa gerakan Islam di Palestin memberi penghargaan kepada usaha membebaskan Palestin oleh Gaddafi.

Saya masih ingat Hamas memberikan penghargaan besar buat Recep Tayyib Erdogan, pemimpin Turki suatu masa dahulu sebagai orang yang paling banyak membantu Palestin. Saya agak pelik kerana ketika itu, Erdogan masih belum melaungkan sokongannya pada Palestin secara terbuka. Rupanya, Hamas faham sifirnya – Arab perlu bersatu untuk Palestin bebas. Erdogan saat itu hanya fokus dalam menyatukan Negara Arab (dan boleh jadi, banyak juga bantuan secara rahsia disumbangkan Turki).

Sebenarnya Gaddafi tidak berseorangan, kerana terdapat juga pemimpin lain yang begitu. Jadi, menyokong Palestin bukan tiket menjadi Benar atas tindakan lain yang korup.

Apatah lagi kalau hanya setakat menyokong, bukan mendokong dan menumpah darah serta peluh – tanpa fikrah yang tepat.

One thought on “Perguna Palestin

  1. Perguna Barat « KedaiMamak —

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s