Ustaz Adam

Memori itu masih segar. Suatu pagi, Mu’allim Razman guru bahasa Arab darjah 1 saya melaungkan ‘allughatul arabiah lughati !’ (Bahasa Arab adalah Bahasaku). Kemudian, saya dan rakan-rakan turut melaungkan dengan penuh semangat, sambil menjunjung tangan ke langit.

Itulah detik pertama memori saya dalam pembelajaran Bahasa Arab.

Membesar di sekolah agama memberikan peluang luas untuk saya mendalami Bahasa Arab. Tapi sejujurnya, tidak banyak yang dapat saya aplikasi dan hargai melalui Bahasa Arab Komunikasi dari Darjah 1 – Tingkatan 3. Walau ia telah meletakkan asas penting, seharusnya tempoh 9 tahun itu membolehkan saya bertutur dalam bahasa Quran tersebut.

Tamat MRSM Taiping, saya dan beberapa orang rakan ingin ke Yaman untuk belajar Bahasa Arab. Namun kerana masalah tertentu, hanya seorang daripada rakan saya yang dipilih Tuhan.

Lalu, saya masuk ke Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sementara menunggu tawaran kolej dalam bidang sains. Niatnya dua; satu, tidak mahu ke PLKN. Dua, mahu mengasah kembali bahasa arab yang telah berkarat.

Dalam waktu yang sama, saya pergi ke PUSBAQ (Pusat Bahasa Arab dan alQuran). Salah seorang tenaga pengajarnya ialah Ustaz Adam. Bertaaruf dengan Ustaz Adam memang menarik. Orangnya muda, namun sebelum ke Sudan dia memang gila-gila dan nakal. Sedikit sebanyak, Ustaz Adam ini ada rupa, gaya dan aura seperti Akhi Faridul.

Subhanallah, metod yang mereka gunakan memberi keyakinan kepada saya untuk melakukan Tarbiah Zatiah dalam Bahasa Arab.

Metod yang digunakan ialah belajar secara harfiah. Kami akan pergi belajar satu perkataan demi satu perkataan bermula dari surah alFatihah dan kemudian alBaqarah. Belajar cara begini memberi saya sedikit keyakinan untuk cuba-cuba memahami Quran tanpa melihat terjemahan. Baru ketika itu, saya mengkagumi kehebatan Bahasa Arab.

Di UK, saya cuba mengajarkan Bahasa Arab kepada 7 orang anak-anak comel Postgrad. Walaupun tidak banyak yang dapat saya bantu, saya doa ia jadi asas penting buat 7 anak-anak tersebut, seperti mana saya menghargai Muallim Razman.

Beberapa minit yang lepas, satu berita sampai. Ustaz Adam telah kembali ke rahmatullah. Benar, mati tidak mengenal apa itu usia.

Semoga Allah mencucuri rahmat kepada beliau, serta meletakkan beliau sebagai Ashabul Jannah.

Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.

Kita milik Allah, dan kepadaNya kita kembali.

InshaAllah, saya tidak akan berhenti belajar Bahasa Arab. Terima kasih, Ustaz Adam !

alLughatul Arabiah, Lughatul Quran.

alLughatul Arabiah, Lughatul Jannah.

alLughatul Arabiah, Lughati !

4 thoughts on “Ustaz Adam

  1. Salam I know Ustaz Adam. he taught my husbnad and I bahasa arab. Alhadulillah until today kami dapat memahami sikit-sikit doa dlm bahasa arab..Inna lillahi wainna ila hirojiun. Semoga roh Ustaz bersama roh orang-orang yg soleh. Memang berita ini tidak disangka.Aida

  2. salam..

    akhi, do you happened to know any english book (story book preferably) that portray classic english but, with sense of islamic idea in it.

    need to buy a present for my madu’ birthday. she likes to read. (ie: penguin books-hunter)

    jzkk

    • Waalaikumussalam wbt.

      Cuba try ‘The Alchemist’. But, any books of Paulo Coelho will do, inshaAllah.

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s