To’mah & Perkauman

To’mah adalah seorang lelaki Islam yang lemah imannya dan hidup pada zaman Rasulullah saw di Madinah. Dia telah mencuri baju perisai jirannya dan menyembunyikannya di rumah seorang Yahudi. Dia meminta orang Yahudi tersebut menjaga baju itu. Kemudian, pemilik baju mencari bajunya yang dicuri dan mendapatinya pada orang Yahudi tersebut. Kemudian beberapa orang Yahudi bersaksi bahawa kawan mereka tidak bersalah dan mereka telah menuduh To’mah.

Dengan sebab itu, semangat kabilah dan asabiah timbul dalam kaum To’mah. Mereka menganggap tuduhan tersebut sebagai tuduhan liar dan mereka wajib mempertahankannya dengan apa cara sekalipun. To’mah pula bersumpah tidak mencuri baju perisai tersebut dan dia tidak mengetahui apa-apa tentangnya. Kaum To’mah berusaha membebaskannya daripada tuduhan mencuri tersebut dan melemparkan tuduhan balas kepada orang Yahudi. Lalu mereka berjumpa Rasulullah saw.

Mereka berkata, ‘Sesungguhnya ini adalah rancangan orang Yahudi untuk menuduh To’mah. Ia merupakan rancangan jahat orang Yahudi terhadap Islam’. Mereka meminta Rasulullah saw membela dan mempertahankan To’mah. Mereka bersaksi bahawa kawan mereka tidak bersalah dan menuduh orang Yahudi itu mencuri.

Lalu Allah Taala menurunkan wahyu yang mendedahkan perilaku To’mah dan kaumnya serta menyelamatkan orang Yahudi daripada tuduhan tersebut. Tidak ada seorang pun yang ingkar tentang perkara itu selepas penurunan wahyu.

Firman Allah Taala, surah anNisaa’ : 105-113.

(Abdul Majid Aziz azZindani, Kitab Tauhid, Jilid 2 – Bab ‘Dia Mengetahui Rahsia dan Bisikan Mereka’)

One thought on “To’mah & Perkauman

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s