Kami Soleh, Tak Toleh

Pertama kali disapa klasmet perempuan di kelas 414, saya tak menoleh langsung. Ini adab biasa waktu sekolah agama dulu-dulu. Kalau sedang berkumpul, ada klasmet wanita solehah datang untuk memaklumkan sesuatu, sama ada dia akan tulis atas kertas, ataupun cakap saja tanpa kami tengok. Mana berani nak toleh, walaupun kadang-kadang keinginan naluri seorang lelaki tu ada je. Biasa lah, kami (perasan) soleh. Gila kau, tengok wanita solehah ialah menempah neraka jahannam.

Mana taknya, di sekolah agama, rambut lelaki pun ibarat aurat. Sebab tu, cara mudah nak malukan kawan ialah dengan membuka kopiahnya. Ha Ha.

Di MRSM Taiping, saya masih bawa perangai yang sama – perangai ‘Kami Soleh, Tak Toleh’. Toleh ada dua maksud; satu, kata lawan kepada soleh. Satu lagi, tak pusing tengok. Mula-mula, gagah juga saya cakap dengan perempuan tak toleh. Tapi lama-lama, susah juga sebab bukan semua orang faham cara ini.

Hingga satu malam di Kolej MARA Banting, ada teman rapat tegur melalui sms, ‘Teringin nak tengok Ammar MRSM Taiping balik’. Oh, bercucuran air mata ku sampai sekarang. Kalaulah dia tahu saya sekolah agama dulu macam mana, sumpah teringin nak tengok Ammar sekolah agama pulak.

Tapi kau orang jangan silap. Saya jaga ikhtilat. ‘Kami Soleh, Tak Toleh’ tetap sebati dalam darah daging.

Cuma yang pelik, ada yang saya nampak ikut-ikut nak jadi ‘Kami Soleh, Tak Toleh’. Tapi, ada chance sahaja, jeling-jeling wanita solehah pilihan kalbu. Ececece, memang minta disepuk.

Sori, saya cakap benda realiti. Kau tak payah nak tipu lah. Geng ‘Kami Soleh, Tak Toleh’ bukan untuk orang bajet baik tunjuk-tunjuk kat orang lain.

Amacam, kau geng mana ?

=)

One thought on “Kami Soleh, Tak Toleh

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s