Makna Nisbah

Kembara Turki April lalu ialah pengalaman berharga. Saya masih teringat usaha gigih kami untuk sampai di Istana Yildiz, hingga terpaksa pergi dua kali. Kali pertama kali pergi lenguh berjalan menaiki bukit tinggi tapi malangnya ditutup. Penat, memang penat. Semuanya kerana istana itu dinisbatkan kepada hero Turki Uthmaniah, Sultan Abdul Hamid II. Kalau nak diikutkan binaannya, Dolmabahce Palace lagi lawa.

Penisbatan sebenarnya dapat memberi makna. Seperti mana Istana Yildiz, begitulah juga dengan Baitullah. Lihatlah, betapa besarnya penisbatan ini, apabila sebuah bangunan kotak berwarna hitam ditinggikan kemuliaannya apabila dinasabkan kepada Allah. Padahal, apa bezanya dengan kotak hitam waktu belajar praktikal haji di sekolah asrama penuh.

Mata tak berkedip saat menatapnya

Hingga tatapan kembali padanya dipenuhi rindu

(Puisi dari Zaadul Maad, Ibn Qayyim alJauziah)

Penisbatan inilah yang menyebabkan hati semua mukmin terpaut untuk ke sana. Penisbatan inilah yang memenuhkan jiwa rindu untuk kembali kali kedua. Penisbatan inilah yang mengharam kita dari membuang hajat menghadap atau membelakangi kiblat kearahnya. Dan penisbatan inilah yang membuakkan perasaan dengki dalam diri Abrahah !

Teman,

Jamaah yang sedang kita galas ini perlu dimuliakan dan ditinggikan dengan penisbatan kepada Allah. Jamaah bukan tentang nama. Ia perlu diHizbullahkan. Kemenangan hanya akan berjaya ditempah ketika asbab langit bersatu dengan asbab bumi.

Jamaah ialah individu yang berkumpul. Maka, Hizbullah tumbuh hasil individu berkumpul yang penisbatannya hanya kepada Allah. Soalnya, bagaimana mahu menisbatkan diri kepada Allah?

Para pendokongnya perlu diRabbanikan, perlu diIbadurrahmankan, perlu diUlul Albabkan, perlu diAnsarullahkan, perlu diAbrarkan.

Tekun dan jiddiahlah untuk membina kesemua ini dalam usaha Tarbiah. Sebenarnya, perjalanan kita masih jauh….berlembutlah, dan jangan gopoh.

Pesanku satu : jangan Bongkak.

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s