Siri 21.Ogos | Zionis bukan Yahudi

AsasEmpat : Zionis bukan Yahudi

Sebenarnya, geng jahat dalam isu Palestina ialah Zionis, bukan Yahudi.

Zionis ialah tema politik sekular yang diberikan dalam nafas keagamaan, dan Yahudi menjadi mangsa. Theodore Hertzl, pengasas Zionis, mencari jalan untuk menjadikan gagasan politiknya menarik bagi bangsa Yahudi. Untuk tujuan ini, Palestina dipilih kerana mempunyai pertalian sejarah dan tempat suci agama Yahudi.

Sebelum Palestina, ada beberapa negara yang telah dicadangkan untuk menjadi ‘tanah air’ untuk bangsa Yahudi iaitu Argentina, Cyprus, Sinai dan Uganda. Idea Hertzel hanya mendapat tempat selepas kematiannya.

Sebab itu, ayat-ayat Quran berkenaan Bani Israel tidak boleh sewenang-wenangnya digunakan untuk menghentam Yahudi. Kerana, di sana terdapat juga ayat Quran berkenaan hak-hak Yahudi sebagai ahli Kitab. Diingatkan sekali lagi, Zionis bukan Yahudi. Zionis ialah Yahudi, Kristian, Muslim dan sesiapa sahaja yang bersekongkol dengan agenda Israel.

Sebab itu, isu Palestina ini ada sisi politik dan kemanusiaannya yang perlu kita beri perhatian khusus. Tambah pula, ini dapat menjadi titik temu Muslim dengan manusia keseluruhannya.

Kisah Pemboikotan Bani Quraisy yang dihentikan oleh golongan non-muslim Makkah mempunyai banyak persamaan dengan isu Palestina, di mana hari ini – di peringkat masyarakat – bangsa Eropah yang menjuarai isu Palestina.

Ke hadapan, Palestina akan menang. Saranan Azzam Tamimi ialah supaya kita bersedia dengan dunia Post-Israel bermula dari sekarang. Dan, perkara pertama ialah memahami dengan mendalam bahawa Zionis bukan Yahudi.

Wallahualam bisSowab.

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s