Siri 21.Ogos | Masa Hadapan

AsasTiga : Masa Hadapan milik Islam.

Kita meyakini bahawa masa hadapan milik Islam lebih daripada meyakini bahawa esok akan terbit matahari. Begitulah cerahnya masa depan Palestina.

Pesan Syeikh Ahmad Yasin, ‘Kita tidak akan membuat keputusan berdasarkan kelemahan kita pada hari ini. Sebaliknya kita akan menyerahkan masa depan Palestina pada generasi akan datang yang punyai kekuatan’.

Hikmah Syeikh Ahmad Yasin ini dapat kita lihat direalisasikan dalam pendirian Hamas terhadap isu Two State Solution.

Ringkasnya, perkataan ‘The’ dalam Resolusi PBB 242 akan membolehkan Israel memilih sendiri sempadan mana yang mereka mahu. Ini jelas satu penyelesaian yang bersifat tadika. Seolah-olahnya, Malaysia berjanji dengan Singapura bahawa kita boleh hidup sebagai dua negara berbeza, tetapi dalam masa yang sama Singapura ada hak untuk mengatakan bahawa seluruh Semenanjung adalah di bawah jajahan Singapura.

Lalu, Hamas memberikan solusi baru iaitu (1) Israel berundur ke sempadan 1949 (55% Yahudi, 45% Arab) (2) Genjatan senjata selama 10 tahun.

Ini hikmah seperti Syeikh Ahmad Yasin. 10 tahun tanpa peperangan sudah pasti menghasilkan kekuatan umat Islam yang tidak terjangka. Malah, sejarah membuktikan bahawa Israel adalah sebuah entiti yang unsustainable.

Sebab itu, kita akan menyelesaikan isu Palestina dengan kekuatan masa hadapan, bukan dengan kelemahan hari ini.

Wakafkan 100% hidupmu demi Palestina – kerana di situ Barakah, di situ Kebenaran, di situ Masa hadapan.

Wallahualam bisSowab

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s