Siri 21.Ogos | Aqidah

Isu Palestina berpijak pada beberapa asas penting. Kita perlu garap sebelum memperjuangkan ia.

AsasSatu : Isu Palestina perlu bertitik tolak dari Aqidah

Semua Muslim perlu mengasaskan perjuangan Palestina kepada Aqidah. Terdapat 4 sebab iaitu (a) Bumi Baraqah (b) Bumi Anbiya (c) Masjid Aqsa (d) Kiblat Pertama, yang menjadi simpulan kepada Palestina sebagai Tanah Suci, sekaligus ia isu Aqidah.

Sebenarnya, Tanah Suci disebut tidak kurang 70 kali dalam alQuran sama ada dalam bentuk khusus mahupun perumpamaan.

Tetapi, ini bukan bermaksud pertembungan yang sedang berlaku ialah pertembungan Aqidah. Kerana, antara asas Islam – seperti pandangan Syeikh Muhammad alGhazali – ialah perbezaan aqidah tidak akan menyebabkan peperangan.

Pendek kata, Aqidah menjadi ‘makna’ dan ‘motivasi’ dalam isu Palestina kepada Muslim.

Memahami dan meyakini Aqidah sebagai asas adalah perkara pertama yang perlu dibuat. Kalau tidak, akan terkeluarlah soalan seperti ‘Hamas & Fatah pun bergaduh, buat apa tolong?’ atau ‘Palestina ialah negara orang Arab. Biar lah mereka selesaikan sendiri’.

Apabila Aqidah menjadi titik tolak kepada isu Palestina, standpoint dan prinsip yang dikeluarkan akan sentiasa mempunyai asas kukuh, yang tidak hanya terpengaruh dengan perubahan sosio-politik semasa. Hatta, kalau rakyat Palestina tidak mahu perjuangkan Palestina pun, kita akan sambut panji kerana kita berAqidah Islam.

Ini penting, kerana isu Palestina ialah isu bersifat nafas panjang.

Wallahua’lam bisSowab.

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s