Humble

Kata Dr Burhanuddin alHelmy ‘Di atas robohan Kota Melaka, kita dirikan jiwa yang merdeka’. Lalu, merdeka jadi perkataan berhantu buat masa itu – pengucapan tidak semudah perlaksanaan. Harganya adalah darah dan anak gadis yang dirogol.

Hari ini, merdeka disebut-sebut tanpa roh.

Suatu ketika, ada makhluk yang dibuang negeri hanya kerana dua sifat; nafi dan bongkak. Jelas, kerakyatan di negeri itu bukan bersifat keturunan dan bangsa, tetapi bersifatkan akhlak. Terus terabadi dalam suatu hadith barangsiapa yang walau punyai takabbur sebesar biji sawi pun, tidak akan layak menjadi rakyat negeri tu. Pesan Tuhan, kisah ini jangan dilupakan ‘Dan ingatlah ketika Kami berfirman kepada Malaikat, tunduklah kepada Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk melainkan Iblis; kerana enggan dan takabbur dan menjadilah dia dari orang kafir’.

Saya berdiri dengan insaf – definisi merdeka saya dengan mana-mana pelarian negeri pasti umpama langit dan bumi. Di sini, merdeka bagi seorang pelarian ialah sebuku roti dan sebuah kebebasan.

Tapi di langit, merdeka bagi seorang pelarian ialah merendah diri. Begitulah caranya kita meraih merdeka.

 

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s