Cadangan

Iqra’, dengan nama Tuhanmu…

Sampai sekarang, saya masih belum betul-betul tulis tentang Tarbiah melalui blog ini.

Sebabnya dua;
Satu, ada ikhwah akhawat lain yang lebih mahir tentang Tarbiah daripada saya telah menulis blog. Saya sejujurnya merasa kerdil membaca tulisan dan pengalaman mereka, dan berpandangan kalau ingin tahu tentang Tarbiah, blog mereka lebih perlu dibaca daripada blog saya.
Dua, saya melihat bahwa sebilangan besar ikhwah akhawat muda kita sangat malas membaca buku Tarbiah (apatah lagi buku di luar Tarbiah). Lalu yang dicari ialah blog-blog sebagai pengganti. Saya risau blog saya akan memparahkan lagi penyakit ini. Walhasilnya, pemahaman Tarbiah jadi sangat ringkas dan berpusing-pusing di dalam satu cycle trap – sedih, perlukan motivasi, down, perbezaan di sudut istilah, dan sebagainya.

Ianya fitrah yang evergreen dan perlu disantuni, namun ianya juga satu trap yang tidak perlu terperangkap selamanya di situ.

Tapi, saya memahami ada keperluan untuk kadang-kala menulis tentang Tarbiah secara mendalam dari masa ke masa, inshaAllah. Ia juga baik untuk menyusun kefahaman saya yang perlu lebih banyak belajar.

Saya ada satu cadangan.

Ahli Tarbiah ada satu neraca yang menjadi sudut pandang dalam hidup iaitu Usul 20.

Apa kata ahli Tarbiah yang ada blog kadang-kadang tulis juga tentang isu semasa dari sudut pandang Usul 20. Selain menguji diri sama ada Usul 20 benar-benar telah tersebati, ia juga dapat memberi alternatif sudut pandang baru tentang isu-isu masyarakat hari ini.

Cuba tulis dahulu, dan anda akan dapati bahawa penulisan anda itu sangat banyak jargon yang sukar difahami oleh masyarakat. Lalu, sudut pandang anda itu akan terus tertolak walaupun isinya bagus, walaupun ia ditapis oleh Usul 20, walaupun anda ada ubat untuk selesaikan masalah umat.

Namun jangan lupa dalam kesibukan melihat isu semasa melalui kaca mata Usul 20, kita juga seharusnya gigih dalam menambah kefahaman tentang Tarbiah terus dari buku-buku yang ditulis oleh Tokoh Dakwah serta mendengar pengalaman mereka.

Kerana, mereka lebih faham Dakwah dan Tarbiah daripada bloggers seperti saya ini.

Tanpa imbangan ini, menulis dan membaca terlalu banyak tentang isu semasa juga akan membawa kita ke suatu penyakit yang lain.

Tanda awal sama ada kefahaman Tarbiah kita tahap blog atau tidak, tengok saja masa yang kita spend untuk tambah kefahaman. Lebih banyak dari buku, atau lebih banyak dari blog?

Wallahualam bisSowab.

2 thoughts on “Cadangan

    • Cadangannya, kita sama2 hadam dulu usul 20. Treat it like a toy, and play with it the whole day and week.

      wallahualam bisSowab.

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s