BERS✔H 2.0

8 Tuntutan BERS✔H 2.0 :

1. Bersihkan Senarai Undi
2. Mereformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwah Kekal
4. Masa Kempen Minima 21 Hari
5. Akses Media Yang Bebas Dan Adil
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor

Ramai yang berpandangan BERS✔H mengganggu ketenteraman awam. Ingin nampak islamik sedikit, mereka memberi alasan ia haram di sisi Islam. Itu jadi alasan untuk mereka memaki hamun BERS✔H.

Sebenarnya dua ayat pertama hanyalah justifikasi untuk ayat ketiga.

Saya sebenarnya sangat bosan dengan alasan sebegini. Kerana ayat pertama terang-terang tidak absah jika di negara maju, dan ayat kedua hanyalah pandangan peribadi yang bersifat tidak mutlak. Lagi pula, pesan Imam Syafie bahwa orang yang hanya memikirkan tentang perut mereka nilainya tidak lebih dari apa yang keluar dari perut itu sendiri.

Kita boleh duduk bersama – sama ada yang bersetuju atau tidak dengan demonstrasi BERS✔H – untuk melihat kembali dengan objektif 8 Tuntutan BERS✔H 2.0, dari sudut pandang kenegaraan.

BERS✔H 2.0 perlu kembali terfokus pada 8 Tuntutan, bukan Demonstrasi. Dari situ lah, kemudian kita akan berbeza pandangan.

Ia penting untuk masa depan kita, yang mahu bersama mencintai negara ini.

10 thoughts on “BERS✔H 2.0

  1. Selalu juga orang tanya; tuntutan dah ok, tapi kenapa perlu beramai ramai dikerahkan untuk demonstrasi?

    Ammar ada jawapan?

    • kena tunggu lepas BERS✔H 2.0, baru boleh jawab kenapa perlu dikerah beramai-ramai =) tambah pula, hampir setiap NGO Islam yang dikenali di Malaysia pernah melakukan demonstrasi. Boleh juga bertanya pada mereka hikmah kenapa pada isu-isu tertentu, mereka memilih jalanraya.

      buat masa ini, kita masing-masing fokus dahulu pada mengkaji perincian dan mencari kefahaman setiap Tuntutan dalam proses kenegaraan.

  2. semua pencapaian menuntut pengorbanan. kalau tak sanggup, tak dapatlah.

    dari dulu sampai sekarang sunnatullah mengajar kita, walaupun kita yakin kemenangan adalah pada takwa, bukan pada bilangan, tapi sahabat2 Rasulullah saw yang uzur, tua ,cacat dan sebagainya sanggup ke medan perang semata-mata untuk meramaikan bilangan. sekalipun mereka tidak mampu mengangkat senjata.

    jiwa-jiwa musuh Islam barangkali benar-benar tergetar dengan bilangan sebenarnya dan apa salahnya kita take advantage kelemahan ini.

    wassalam.

  3. kadang2 bila aku pk2 balik, ramai melenting psl bersih ni x pasal2 dgn hujjah, menganggu ketenteraman and haram and etc2.. Kalau aku ty dia, apa yg bersih punya memorandum, haram xtau..haha

    dia seolah2 mcm org suruh solat, tp dia ckp, xleh solat, nnt buang masa.. dah buang masa, produktiviti terjejas..dah terjejas, negara rugi.. dah negara rugi, pelabur asing x dtg sbb x untung…

    xpon, bg contoh lain yg kurang ekstrem, ttg pmakaian tudung i.e; hampir2 la kan cara2 diorg tolak wajib tutup aurat tu. Menutup aurat ni terutama bg perempuan, 1 fesyen yg kolot. Perempuan nmpk lebih x mnarik.. lpas tu, nnt panas. dah panas, susah nnt bbau busuk. Kalau ada meeting dgn klien, nnt klien pon lari..x jadi nk beli produk.. semua nya angkara tudung… hahaha

  4. Rasanya ramai yang kata Bersih ni x bagus, menjejaskan ketenteraman awam dan sebagainya hanya kerana telah termakan propaganda oleh pihak tertentu. Terang2 media yang brainwash orang ramai utk berfikiran begitu. Itu yang mereka dengar dari TV dan baca di surat khabar, itulah yg menjadi pendapat mereka. Harapan agar Bersih dapat mencapai sasaran tersebut insyaAllah.

  5. apa pandangan tentang dalang disebalik bersih? does the name Dato’ Ambiga Sreenevasan ring some bells ….. lina joy case? apporox 80 NGO bergabung utk fight case against it. ketua dia kalau x silap adalah ambiga. (correct me if im wrong). and klau kira AJK bersih tak ramai pun malay…tapi yg dok ikut berkumpul ramai2 tu semua malay…apa dpt last last? mata pedih,hati pun sakit…yg cina india dok kat kedai kopi gelakkan melayu yg tak habes2 gadoh….,

    pada saya, isu bersih ni lebih dari sekadar keinginan sistem pilihanraya yg lebih telus….
    maybe kita kena kaji siapa mastermind yg sdg cuba nk kotak-katikkn pecahbelah org melayu.

    • Good deera, you want others see it from another point of view. Itu yang penting, walaupun yang lebih penting ialah membincangkan 8 Tuntutan.

      BERS✔H 1.0 bukan Ambiga ketua, suddenly BERS✔H 2.0 it becomes Ambiga’s? What’s your opinion on this?

  6. Just to share with u all esp deera; what about peristiwa hilful fudhul? Mungkin ammar boleh explain skit about peritiwa tersebut and what nabi muhammad said about it. well, perhaps to enlighten you.

  7. each of you ada point sendiri anyway, setiap dari kita akan dibertanggungjawabkan. Samada sokong besih atau tidak, fikir2kanlah.

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s