Mak Long II

Part 1 | Part 2

Aku dah cakap, Mak Long memang pejuang dan aku suka dengar dia berceloteh.

Ada satu hari tu, admin UiTM bagi amaran pada semua pelajar untuk pulang sebab nak tangkap pelajar-pelajar yang konon nak menentang kerajaan ni. Tapi Mak Long tegar, taknak pulang. Oh ye, pakcik asam wa lengkong tu pun dengar cerita taknak pulang walaupun berbeza ideologi dengan Mak Long.

Tok Budin hantar surat pada Mak Long untuk pujuk supaya pulang jugak. Siapa tak sayang anak, dah la anak perempuan pulak tu. Mak Long punya sempoi boleh balas surat tu, ‘Perjuangan belum selesai’. Gila punya berani Mak Long. Kalau aku, dah terkenc… arghh, kalau aku pun akan balas perjuangan belum selesai jugak. (cewah ^^v)

Mak Long memang pejuang, dan aku suka dengar dia berceloteh.

Pagi tu lepas bangun, Mak Long dah sedar FRU kepung UiTM. Mak Long ni macam ketua wanita la kat situ. Mak Long kumpul budak-budak perempuan lain yang tinggal minoriti tu je, bagi syarah sikit. Dah macam nak perang aku dengar.

Mak Long pergi syarah surah anNasr. Entah apa yang Mak Long syarah dengan surah iza ja tu aku pun tak tahu. Siap bagi kata-kata semangat lagi.

Tapi semangat pun, akhirnya Mak Long kena tangkap jugak. Gila apa, FRU kot. Sempat la tidur lokap satu malam, sebelum Tok Budin ikat jamin. Walaupun Tok Budin minat sangat tengok Hulk Hogan sampai aku pun dipengaruhinya, aku rasa Mak Long punya kental kalah tahap Tok Budin dan Stone Cold.

Sampai hari ni, aku suka korek cerita-cerita waktu pergi rumah Mak Long. Banyak kisah rahsia rupanya makcik aku seorang ni. Mak Long cakap dia dulu ada mukhayyam dan program macam aku jugak.

Nak tahu siapa syeikh yang telah mentarbiah Mak Long? Kita tunggu siri seterusnya…wahahahaha

Mak Long memang pejuang, dan aku suka dengar dia berceloteh.

One thought on “Mak Long II

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s