Tahapan

1.

Pemimpin terbahagi kepada dua kategori – satu; yang tidak meletakkan tahapan. dua; yang meletakkan tahapan dalam perjuangan.

Kegeniusan Hasan alBanna meletakkan beliau sebagai pemimpin kategori ketiga – pemimpin yang meletakkan tahapan, serta tahapan itu bersifat evergreen.

Fikrah asas bagi ikhwani ialah 3 Marhalah Dakwah dan 7 Maratibul Amal

Tugas kita hari ini hanyalah untuk membumikan tahapan tersebut dalam setiap langkah, sama ada untuk plan sesuatu yang baru atau untuk menyelesaikan masalah sedia ada.

Ini yang sukar.

Bagi saya, ia dimulai dengan membentuk ‘Pemikiran Tahapan’ iaitu (1) faham big picture (2) mampu pecahkan big picture kepada komponen yang bertahap dan berkesinambungan. Biasanya, ini dilatih ketika mengambil PhD.

2.

Di Turki, tahun 2023 – 100 tahun selepas Kelahiran Republik Turki – adalah kemuncak pada agenda AKP. Semua masih ternanti-nanti apakah agenda sebenar AKP. Pada pilihanraya Turki 4 hari lepas, AKP mensasarkan untuk meraih sekurang-kurangnya 2/3 kerusi Parlimen supaya boleh mengubah perlembagaan sedia ada kepada ‘Constitution of the People’.

Betapa sensitifnya penukaran perlembagaan seperti itu di Turki adalah seperti ingin membuang kedudukan istimewa orang-orang melayu dari Perlembagaan Malaysia.

Erdogan bijak. Beliau lakukan ini selepas 3 kali pilihan raya. 1 dekad pertama memerintah, Erdogan memfokuskan kepada membaikpulih ekonomi negara setelah mengalami krisis kewangan tahun 2000-2001. Dengan itu, Erdogan dilihat sebagai pemimpin yang praktikal lalu mendapat mandat rakyat hatta untuk mengubah perlembagaan. (nota : AKP gagal mendapat 2/3 kerus parlimen pada pilihan raya baru-baru ini)

Ini dipanggil tahapan. Dan sudah tentu, AKP masih jauh sebelum dikatakan menyelesaikan masalah rakyat Turki.

3.

Sekarang, cuba faham tahapan seperti di Turki, dan kemungkinan ianya sedang berlaku di Malaysia. Tugas kita hanya bertenang sebentar, jangan bergaduh sekitar istilah, dan baca realiti. Bersetuju atau tidak dengan tahapan tersebut, itu perkara nombor dua.

Yang lebih penting, ahli gerakan Islam perlu bersifat pragmatis/praktikal, bukan sekadar reti melaungkan slogan ‘Negara Islam’.

Saya percaya, anak muda tidak perlu terikut-ikut dengan style sebahagian orang tua yang sudah tersekat dengan slogan semata-mata.

Selamat mencuba !

2 thoughts on “Tahapan

  1. kadang2 bukan semua ygn dilaungkan oleh orang berpengalaman itu matang dan masuk akal…oang muda, dengar, faham dan fikir…
    jangan mentang2 itu yang disokong, terus terima. tak jauh beza dengan taklid buta namanya…

    ammar..lame tak jumpa. dah hampir setahun sejak last ISK di kmb…

    ^^-

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s