Sang Pencerah

Sejujurnya, ini antara filem biografi terbaik pernah saya tonton.

Filem ini kisah 1 abad yang lalu, tapi mesej yang dibawa masih segar untuk hari ini. Mungkin kerana umat Islam tidak maju-maju, ataupun kaum jahat itu yang bijaksana.

Pertembungan paling jelas ialah sekitar cara fikir. KH Dahlan membawakan suatu cara fikir baru dalam asas yang sama; Quran dan Sunnah. Namun, kaum tua menidakkan lantas meletak ia di bawah kesalahan aqidah. Budaya takfir (baca : kafir mengkafir) jelas menjadi nadi budaya penduduk Kauman.

KH Dahlan tegar dalam membawa cara fikir yang diyakini. Yang menarik, ia dilakukan secara tawaddhu’ dan bil hikmah. Kualiti ini bertentangan dengan bongkak kaum tua yang memegang posisi teratas dalam strata agamawan yang direkacipta. Jelas, KH Dahlan membawa agama secara praktikal melalui bantuan kepada masyarakat miskin dalam bentuk materi dan ilmu, sesuai saranan alMa’un. Tidakkah kamu melihat orang yang mendustakan agama?

Beliau juga berani keluar dari struktur agama yang diajar secara pesantren kepada cara sekolah Belanda si Kafir. Ketika diragui muridnya mengapa belajar dari orang kafir, pesannya mudah ‘Kalau kamu mahu belajar, kamu harus bersangka baik’.

Saya sebenarnya paling tertarik dengan perwatakan isteri KH Dahlan. Usah ditanya mengapa, siapa yang tidak mahu isteri yang sentiasa tenang melalui saat susah bersama?


<klik gambar untuk menonton>

Ini kisah tentang agamawan. Atau, yang mendabik diri sebagai agamawan. Pertembungan yang berlaku tidak melibatkan pihak luar, atau pihak Barat. Sebenarnya, kisah seperti Sang Pencerah ada diisyaratkan Tuhan melalui firmannya,

Dan mereka [ahli kitab] tidak berpecah belah melainkan sesudah datangnya pengetahuan kepada mereka karena kedengkian antara mereka. Kalau tidaklah karena sesuatu ketetapan yang telah ada dari Tuhanmu dahulunya [untuk menangguhkan azab] sampai kepada waktu yang ditentukan, pastilah mereka telah dibinasakan. Dan sesungguhnya orang-orang yang diwariskan kepada mereka Al-Kitab sesudah mereka, benar-benar berada dalam keraguan yang menggoncangkan tentang kitab itu. [42:14]

Bagi saya, umat Islam perlu sentiasa keluar dari cara fikir lama. Sifirnya ialah dengan bersikap terbuka dan banyakkan membaca.

Pertembungan segala sisi yang dibawa sangat mengasyikkan, hingga titis air mata saat Langgar diroboh.
Sungguh, filem ini bak pendahuluan buku Radical Reform yang lebih mendalam, untuk kita-kita yang berani mendepani zaman.

Sang Pencerah adalah filem perlu tonton.

(Untuk komentar secara lebih dalam, sila layari blog Dr. Hafidzi, penulis buku siri Jejak Risalah di Nusantara.)

3 thoughts on “Sang Pencerah

  1. Sang Pencerah « niniholic

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s