Falasi Logika | Hasty Generalisation

Penerangan

Hasty bermaksud gopoh atau terburu-buru. Generalisation ialah idea atau konklusi umum tentang sesuatu.

Maka dapat difahami bahawa Hasty Generalisation ialah suatu proses melakukan konklusi atau standpoint tentang sesuatu yang umum secara terburu-buru, tanpa bukti yang meluas dan mendalam.

Mudahnya, Hasty Generalisation ialah main pukul rata (yang gopoh).

Hasty Generalisation biasanya berlaku apabila sampel kajian kita terlalu kecil ataupun bukti yang kita ada terbatas.

Oleh itu, sering kali falasi logika jenis ini menjadi basis kepada mana-mana bias, rasis dan prejudis. Dan anda dengan mudah mampu mengesan Hasty Generalisation dalam mana-mana statement yang berbaur bias, rasis dan prejudis.

Falasi Logika jenis ini juga banyak menghasilkan konklusi yang simplistik.

Contoh

Dalam ekonomi, ada dua mazhab pemikiran yang besar iaitu kapitalis yang rapat dengan usaha penswastaan ataupun sosialis yang rapat dengan usaha penasionalan. Dalam Buku Jingga, ada beberapa perkara yang dihakmilik kerajaankan, seperti hak milik air. Lalu, mudah ramai yang membuat konklusi bahawa ini usaha penasionalan. Bagi yang sempat hidup di era Tun Mahathir, akan serba sedikit merasa nikmat penswastaan perkara-perkara tersebut. Namun begitu, ia adalah suatu Hasty Generalisation untuk mengatakan bahawa usaha penswastaan itu adalah suatu bentuk kapitalis, maka ia baik. Dan, usaha penasionalan itu adalah suatu bentuk sosialis, maka ia buruk. Sebenarnya, sama ada buruk atau baiknya penswastaan atau penasional itu perlu dikaji juga pada sisi good governance kerajaan yang sedang memerintah.

Dalam politik Malaysia, ia seolah pertembungan antara Anwar vs UMNO. Maka, sesiapa sahaja yang mengkritik UMNO akan dilihat sebagai sokong Anwar, dan sesiapa sahaja yang mengkritik Anwar akan dilihat sebagai sokong UMNO. Ini suatu Hasty Generalisation, kerana ramai juga rakyat Malaysia yang memilih untuk mengkritik apa yang salah dan bersetuju dengan apa yang benar tanpa mengira Anwar mahupun UMNO.

Malah, yang lebih teruk, sesiapa sahaja yang dilhat sebagai the so-called  puak Erdogan dalam PAS akan dikatakan sebagai geng Anwar. Ini bukan sahaja suatu Hasty Generalisation, malah suatu penghinaan kepada cendekiawan seperti YB Dzulkefly Ahmad yang mampu berdiri dengan gaya pemikiran tersendiri. Jadi, the so-called puak Erdogan perlu dilihat tanpa terperangkap dalam skop Anwar vs UMNO.

Dalam isu Salafi pula, semua Salafi dianggap keras dan suka membidaah. Tak larat nak habaq dah, Salafi tu ada banyak jenis – dari Salafi Tradisionalist kepada Salafi Reformist. Jadi, jangan buat Hasty Generalisation.

Saranan

Oleh kerana Hasty Generalisation ini adalah basis kepada simplistik, bias dan prejudis, ada beberapa tips yang kita boleh guna :

1. Banyakkan mendengar secara jujur. Pesan Murobbi saya, ‘cuba faham kenapa orang yang berbeza dengan kita tu faham macam tu’.

2. Jauhilah prasangka, kerana kebanyakannya adalah dosa.

3. Elak melihat dunia sebagai hitam dan putih, tetapi raikan warna warni alam ilahi.

4. Buka ruang agar kita boleh tukar pandangan-pandangan hidup kita, selagi berpaksi pada asas yang betul.

5. Banyakkan beramal, supaya kita tahu realiti.

 

One thought on “Falasi Logika | Hasty Generalisation

  1. salam ammar,

    a very good piece of writing indeed…if i may suggest: kalau menulis bab2 sebegini (i.e politik, ekonomi isu2 salafi etc) nak cadangkan kalau sudi berkongsi any recommended reading materials…supaya pembaca blog ni dapat juga menambah ilmu dlm isu2 mcm ni…

    (suka2 je bg suggestion kn? :-p)

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s