Mak Long

Part 1 | Part 2

Mak Long memang pejuang, dan aku suka dengar dia berceloteh.

Aku masih ingat lagi cerita Mak Long. Dulu Mak Long belajar di UiTM. Mak Long bukannya nak masuk sangat pun UiTM tu, tapi dipaksa oleh orang itu sebab Mak Long aku buat persediaan di Yayasan Anda. Haish, kalau tak aku dah panggil orang itu Pak Long dah. Kalau aku rajin, aku cerita la pasal Mak Long dengan orang itu, dan kenapa kalau tak orang itu jadi Pak Long. Tapi, macam malas je. Hehehe.

Kita balik aje lah, tak payah lah masuk sini. Kata Tok Budin waktu mula-mula hantar Mak Long ke UiTM. Mana taknya, siswi siswi pakai seksi seksi. Mak Long aku je antara yang pakai tudung, walaupun bukan tudung labuh pun. Ni semua sebab tarbiah yang Mak Long dapat dari Yayasan Anda. Bukan senang tau tahun 60an nak pakai tudung. Confirm kena bahan punya. Ye la, orang lain seksi, Mak Long aku kelawar.

Bagi salam pun pelik. Ada sorang tu, dia bagi salam bukan Assalamualaikum, tapi asam wa lengkong kat Mak Long. Selamba gila. Kalau aku hidup zaman tu, mesti aku tumbuk orang tu nak bela Mak Long. Cewah, macam berani badan aku pun kecik.

Dulu orang yang bagi asam wa lengkong tu sosialis, tapi semalam dia dilantik jadi Timbalan Presiden satu parti politik Islam kat Malaysia ni. Biasa la, manusia kan boleh berubah.

Aku ada satu memori dengan Timbalan Presiden tu. Waktu Acu kahwin, majlis kahwin buat dekat rumah Mak Long. Orang-orang besar parti politik tu pun datang, termasuk la pakcik asam wa lengkong tu. Tok Budin aku pun orang kuat parti tu. Tapi aku peduli apa orang-orang besar tu datang ke tak rumah Mak Long, yang penting aku seronok main bola atau main lawan laga telur dengan kezen aku dekat beranda rumah. Tapi sekarang ni jeles juga tengok gambar abang aku dengan tok guru dan orang besar parti tu. Adoi, kenapa la aku tak mumayyiz lagi waktu tu.

Elok-elok tengah main, boleh pulak pakcik asam wa lengkong tu jerit kuat-kuat kat bawah. Bebulu betul aku, baru nak sepak bola masuk goal. Kang aku sepak gak pakcik tu. Ok, itu imaginasi aku je, sebab mana berani badan aku kan kecik. Tu je la memori aku dengan pakcik asam wa lengkong tu. Bagi aku tu memori, at least ada sikit daripada korang yang takde langsung.

Mak Long memang pejuang, dan aku suka dengar dia berceloteh.

Ada satu hari tu di UiTM, polis semua berkumpul kepung universiti tu. Nak tahu kenapa polis semua berkumpul? dan apa reaksi Tok Budin bila tahu anak perempuan sulungnya masih ada dalam universiti tu? dan apa pula reaksi Mak Long? Kita tunggu next cerita. Wahahaha.

Mak Long memang pejuang, dan aku suka dengar dia berceloteh.

(macam mane la boleh masuk cerita Mak Long aku ni. Sebenarnya nak cerita pasal pakcik asam wa lengkong tu, sebagai ucap tahniah di atas perlantikan dia jadi Timbalan Presiden. Tak pasal-pasal Mak Long aku jadi watak utama. HaHa)

4 thoughts on “Mak Long

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s