Naik Minyak

Bila diumum sahaja harga minyak RON97 naik 20 sen, macam tenggelam sedikit berita ini berbanding cerita video seks. Tambah pula, mungkin kerana kereta kita guna minyak RON95.

Jangan lupa, kita beli barang yang diperbuat dari kilang. Bila kos pengangkutan kilang meningkat 20 sen setiap liter petrol, mereka akan naikkan harga barang. Dan, kita yang terpaksa membeli.

Kisah naik minyak sebenarnya bukan sangat tentang harga, tetapi tentang standard of living.

Di United Kingdom, dua tahun lepas harga petrol hanya sekitar 90 pence. Sekarang sudah mencecah sekitar 1.30 pound. Kenaikan ini bukan lah sedikit kerana ia peningkatan sekitar 45%. Namun, rakyat UK masih tidak ‘naik minyak’. Mengapa?

Kerana, kisah naik minyak bukan sangat tentang harga, tetapi tentang standard of living. Di UK, kuasa membeli sangat tinggi. Sebab itu semasa di Turki, kami terserempak dengan orang Britain yang mampu melancong walaupun kerja hanya sebagai nurse dan receptionist.

Ada suara mengatakan bahawa kita tidak dapat berbuat apa-apa, kerana harga minyak dunia sendiri naik. Saya setuju bahawa harga minyak dunia juga semakin mahal, tapi saya tidak setuju bahawa kita tidak dapat berbuat apa-apa. Sekurang-kurangnya, kita boleh memastikan pengurusan duit negara lebih amanah, telus dan tersusun.

Dan, ia bermula dengan setiap diri rakyat. Serta, membuang jauh sampah yang memerintah negara.

One thought on “Naik Minyak

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s