Wanita

Perbicaraan ‘Wanita’ dalam Islam selalu mengambil sisi ibu dan isteri. Jarang sekali sisi kemanusiaan pada wanita itu dibincangkan.

Sebab itu, kita dengar kes si suami yang memukul isteri atas dasar agama, serta si ayah yang paksa anak perempuannya berkahwin. Atau, wanita itu tempatnya wajib di rumah. Ini ekstrim yang perlu gerakan Islam banteras, seperti mana ekstrim satu lagi yang menelanjangi pakaian wanita dan menganggapkan ia sebagai satu-satunya bentuk kebebasan.

Seperti saranan Dr Tariq Ramadan dan Dr alQaradhawy, perlu kita kembali kepada alQuran dan asSunnah bagi memposisikan kembali kedudukan wanita pada tempatnya. Ia perlu dilihat, sama seperti lelaki, sebagai sebaik-baik kejadian yang mempunyai tanggungjawab bersama; terutama dalam hal amar makruf nahi munkar.

Saya kira arus materialistik punya saham dalam bidang ini. Bagi yang terpesona dengan arus materialistik, sering kali soalan yang terpacul di bibir mereka ialah ‘apa yang saya akan dapat?’. Sebab itu, kebanyakan gerakan feminis hari ini agendanya berkisar soal hak.

Lalu yang kita perlu didik ialah pemikiran bertanggungjawab, hingga soalan-soalan yang terpacul ialah bersifat harmoni dan membina; ‘apa yang boleh saya lakukan?’. Kita perlu kembali kepada asas hubungan lelaki dan wanita, iaitu sakinah mawaddah wa rahmah – sebelum berbicara sisi-sisi dalam kewanitaan yang lain.

Barangkali kita bertanya, kenapa itu asasnya? Kerana, cinta sentiasa menjanjikan yang manis pada seterusnya.

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s