Nota Turki #9

9 April 2011

1. Pagi ini subuh di bilik sahaja. Sedih juga sebab hari terakhir tak dapat subuh di Blue Mosque. Mungkin sebab tidur tak proper sebab tertidur sambil borak. Itu yang tak bangun tu.

2. Pukul 10.30 pagi, kami perlu check-out dari hostel itu. Ketua Perjalanan beritahu bas ke airport pada jam 4 petang, oleh itu masih ada masa untuk meneroka Istanbul. Saya decide bahawa hari ini ialah Shopping Day.

3. Sebenarnya, saya tak sempat melawat Aya Sofia, hanya tangkap gambar dari luar. Nak masuk kena bayar 20 Lira. Oleh kerana nak beli souvenir, saya tak masuk. Hanya Din dan Skod sahaja yang masuk, yang lain semua dah kehabisan wang.

4. Di Grand Bazaar, saya beli set cawan teh turki. Sangat cantik. Kami beli beramai-ramai. Bila bargain, harga berkurang sangat-sangat, hingga jadi 25 Lira sahaja satu set. Saya beli dua.

5. Seterusnya, kami ke Spice Bazaar. Saya beli souvenir lain seperti key chain dan fridge magnet. Serta, hadiah istimewa.

6. Jam 2.30 petang, kami pulang. Rushing juga, sebab tak solat lagi. Pukul 3.30 petang dah kena kumpul di hostel itu balik. Disebabkan semua dah habis duit nak naik trem, kami berjalan pulang dari Spice Bazaar ke Hostel, lebih kurang 20 minit jalan kaki. Penat juga. Dalam perjalanan, kami beli kebab sebagai lunch.

7. Alhamdulillah, kami singgah di Blue Mosque untuk tunaikan solat jamak Zohor dan Asar. Jam 4 petang, bas sampai untuk ke Sabiha Gokcen Airport. Sabiha Gokcen ialah anak angkat (perempuan) kepada Kamal Ataturk. Perjalanan ambil masa selama 2 jam. Apa lagi, tidur lah sebab penat beli souvenir. He He.

8. Kami terus check in bila sampai di sana jam 6 petang. Sebenarnya, saya bawa beg galas kecil sahaja. Waktu beli souvenir, memang tahu tak muat beg itu. Tapi, beli sahaja dulu dan tawakkal ala Allah. Alhamdulillah, ada kawan yang tolong tumpangkan beg dia.

9. Waktu check in, beg saya kena check saiz dia. Masukkan dalam bekas di airport tu, kalau muat baru lepas. Memang susah nak masukkan, tekan punya tekan, berjaya juga masuk. Fuh, cuak juga. Waktu nak bawa keluar beg itu, lagi susah. Nasib baik kawan tolong, kalau tak memang tak terkeluarlah beg saya itu.

10. 7 Petang, kami masuk ke Lobby, sebab flight jam 8.10 pm. Tunggu punya tunggu, kapal terbang tak sampai. Tengok-tengok delay 1 jam. Jadi, saya teruskan bacaan novel ‘Have a Little Faith’. Tiba-tiba, ada announcement, katanya flight delay dua jam. Jadi, kami decide untuk solat di situ sahaja. Ramai juga non-muslim yang tengok kami solat. Dah la buat jamaah, 17 orang pulak itu.

11. Ada rakan tanya tentang solat di depan orang ramai dari sudut dakwah. Saya jawab saya tak pasti bagaimana sebenarnya. Cuma pandangan saya biarlah jangan sampai mengganggu ketenteraman awam. Yang paling penting, kita perlu ada rasa izzah untuk amalkan Islam di mana-mana. Wallahualam.

12. Jam 10 malam, kapal terbang pun tiba. Jadi, masa untuk pulang ke UK, dan masa untuk tidur.

13. Tiba di UK jam 12 tengah malam, atau 2 pagi waktu Turki. Memang penat, sebab ikut jam badan sebenarnya dah pukul 2 pagi. Lepas kastam, kami terus alas makanan dan tidur di chapel. Esok bas ke London Victoria ada yang jam 5.30 pagi, ada yang 6.30 pagi. Bas saya 7.00 pagi.

One thought on “Nota Turki #9

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s