Nota Turki #8

8 April 2011

1. Hari ini hari ketujuh pengembaraan kami. Seperti biasa, kami subuh dalam bas sahaja. Rupanya, bas tiba di Istanbul jam 6.50 pagi. Terus kami bergegas ke Sultan Hostel untuk berehat sebentar. Tiba jam 8 pagi, terus kami tidur. Saya decide untuk tidak breakfast kerana terlalu letih. Jam 10 pagi saya bangun dari tidur dan sejam selepas itu kami pun keluar meneroka Istanbul.

2. Destinasi kami ialah Istana Yildiz, tempat tinggal Sultan Abdul Hamid II. Kalau sebelum ini Istana Yildiz tutup, kami pergi sebelum solat Jumaat supaya sempat masuk.

3. Sedih, selain kami hanya ada sekumpulan sahaja lagi yang melawat istana tersebut. Nampak sangat ramai tak kenal Sultan Abdul Hamid II. Tiket masuk muzium istana itu ialah 5 Lira. Berbanding Dolmabahce Palace, memang Istana Yildiz lebih kecil. Tapi ada sahaja gold plated (agaknya) yang menghiasi dinding dan siling istana itu. Boleh kata cantik juga la Istana Yildiz tu walaupun dari luar nampak buruk sahaja. Siap ada private theater lagi.

4. Tapi, Istana Yildiz bukan dibina oleh Sultan Abdul Hamid II. Ia dibina oleh sultan sebelum baginda. Sultan Abdul Hamid II juga mahir dalam pertukangan dan ukiran.

5. Kami sebenarnya melawat Istana Yildiz bersama dengan teman-teman dari Nottingham.

6. Selepas lunch, kami terus mencari masjid berdekatan untuk solat Jumaat. Masjid bertuah ialah Ertugrul Tekke Camii yang dibina pada 1887, berdekatan dengan Istana Yildiz.

7. Mula-mula kami pelik sebab ingatkan sudah lambat. Terlalu ramai lelaki yang masih bersiar-siar dan makan di kedai-kedai. Akhirnya, pelik bertukar sedih. Memang ramai rakyat Turki yang tidak solat Jumaat. Di Malaysia, sekurang-sekurangnya mereka malu untuk keluar dari rumah. Ataupun paling tidak, lepak di tangga masjid sambil hisap rokok. Untuk bersiar-siar, memang malu dan memang nak kena.

8. Di dinding masjid itu ada poster tertulis ‘Merhemet Eden, Merhemet Bulur’. Maksudnya lebih kurang begini, have mercy on others, others will have mercy unto you. Kira menepati golden rule la ni. Yang best, bila derma di masjid ni, dapat manisan lagi. Mungkin itu budaya derma solat Jumaat di Turki. Best juga. He He.

9. Selepas itu, kami terus ke Suleymani Mosque, sempena nama Sultan Sulaiman the Magnificient (cicit kepada alFateh yang membuka Hungary). Dikatakan, masjid ini dibina oleh the Great Sinan untuk melawan kehebatan seni bina Aya Sofia yang sebelumnya ialah Gereja St Sophies.

10. Kami tiba dalam jam 3 petang, dan nampak seolah-olah baru habis sesuatu sambutan. Rupa-rupanya, Reccep Tayyib Erdogan solat Jumaat di situ hari tersebut. Aduh, melepas jumpa dia.

11. Seterusnya, kami ke Sanki Yedim Mosque. Masjid tu tak ramai tahu, tapi punya sejarah yang sangat hebat. Ia dibina oleh orang yang mujahadah linnafs. Jadi, saya berdoa di masjid ini supaya saya dan teman rapat saya kuat dalam bermujahadah.

12. Di masjid itu, imam tersebut tidak reti berbahasa Inggeris. Jadi, dia layan kami dengan bacaan alQurannya. Sewaktu kami ingin beredar, dia hadiahkan air mineral seorang satu. Alhamdulillah.

13. Masjid seterusnya ialah Fatih Mosque. Kami ziarah makan Sultan Mehmet alFateh. Kalau di tempat lain tertulis Allah, Muhammad, Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Hasan dan Husin; di masjid ini ada di tambah Saad dan Sa’id. Tak pasti siapa atau apa. Di situ, saya berdoa banyak-banyak agar saya, bakal isteri dan zuriatku adalah generasi syuhada.

14. Kami juga sempat ke Eyub Sultan Mosque, masjid di mana terletaknya Makan sahabat Rasulullah saw Abu Ayub alAnsori. Dalam bas menuju ke situ, jumpa seorang pakcik yang sangat baik. Dia warga Turki, tapi bukan dari Istanbul. Katanya, dia tauke kedai emas dan perhiasan. Nasib baik dia reti English.

15. Selepas Eyub Sultan Mosque, pakcik itu bawa kami ke atas bukit. Tak ramai tahu tempat ini, siap kena naik cable car lagi. Di atas tu boleh nampak seluruh Golden Horn, iaitu selat yang memisahkan antara dua tanah eropah Turki. Selat Bhosphorus pula yang memisahkan antara Turki Eropah dan Turki Asia.

16. Waktu nak naik bukit itu, hujan renyai-renyai. Sejuk. Dah sampai puncak, pakcik itu belanja kami elma cay. Memang sedap elma cay tengah sejuk-sejuk. Bukit itu memang sesuai untuk duduk honeymoon.

17. Malam itu, kami dinner ayam golek dengan pilau (sejenis nasi) di Eminonu. Waktu makan, kami borak tentang zaman kanak-kanak. Sedia maklum, semua orang punya zaman kanak-kanak terisi dengan Dragon Ball. Memang borak habis pasal komik Dragon Ball. Siap hafal lagi peristiwa mana berlaku buku jilid berapa. Dan macam hafaz sirah Nabi.

18. Malam ini adalah malam yang terakhir. Oleh itu, kami borak panjang. Saya bertanya-tanya tentang Spain, sebab tak pernah lagi. Harap satu hari dapat pergi ke sana. Saya borak-borak sampai tertidur.

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s