Nota Turki #7

7 April 2011

1. Di hotel, memang dapat tidur dengan nyenyak. Selepas subuh, kami bersiap untuk check-out. Sempat breakfast, biasa la free punya.

2. Waktu ingin ke Otogar, kami menaiki trem. Jumpa Selim Aksoy dan teman-temannya. Mereka ni peminat Fethullah Gulen, dari jalur Said Nursi. Lepas borak-borak, dia keluarkan buku kecil dari poket di lengannya dan beri pada saya sebagai hadiah. Sebelum datang ke Turki, saya memang berniat untuk jumpa dan dapatkan buku itu – Risalah anNur karangan Badiuzzaman Said Nursi. Alhamdulillah, nikmat ini sangat besar, apatah lagi buku itu memang original sebab ada nota dan digaris-garis oleh Selim. Oh ye, dia gemar bermain badminton.

3. Untuk ke Ankara, kami menaiki bas jenama Ozkaymak. Seperti biasa, bas di Turki memang macam kapal terbang dengan kehadiran pramugara. Perjalanan ialah 3 jam 30 minit. Sampai di Ankara dalam jam 1.30 pm, terus kami solat. Sebenarnya, stesen bas Ankara lebih kurang macam LCCT.

4. Di Ankara, kami melawat Anit Kabir iaitu makam Mustafa Kamal Ataturk. Memang gah tempat itu, ada gabungan seni dari mesir purba dan greek. Masuk-masuk sahaja, ada dua menara iaitu menara Freedom dan menara Independence. Terus berjalan di The Lion Road. Ada 24 patung singa yang menemani di sepanjang jalan itu.

5. Banyak juga perkara baru yang saya kenal tentang Mustafa Kamal Ataturk. Saya boleh kata dia seorang yang pragmatis. Ketika sibuk membaca di Anit Kabir tentang Mustafa Kamal Ataturk, saya ditegur oleh Pak Guard. Punya la cuak, rupanya dia nak berborak sahaja. Siap bagi address laman web dia lagi. Yang lawaknya, dia bagi saya address facebook dia. HaHa. Ingatkan website betul-betul. Dia suruh saya add dia, tapi sampai sekarang belum add, takut juga.

6. Selepas Anit Kabir, kami memang tak tahu nak ke mana lagi di Ankara. Jalan punya jalan punya jalan punya jalan, penat. Jadi, kami decide untuk pergi ke Shopping Mall di Ankara untuk rehat. Mana tahu ada bowling, sebab Ankara ni memang suasananya macam KL dan Bukit Bintang.

7. Kami masuk satu hotel untuk tanya di mana Shopping Mall. Macam biasa, yang jaga kaunter tu pun tak reti sangat bahasa Inggeris. Lama juga la berborak untuk faham masing-masing punya english. He He. Akhirnya, kami dapat tahu nama Shopping Mall itu di stesen Akoppru – AnkaMall kalau tak silap saya.

8. Dalam trem, kami beri seorang perempuan berumur untuk duduk. Kesian juga. Di Mall, terus nampak ada orang gaduh. Tak tahu sebab apa. Yang bestnya, orang itu gaduh dengan Pak Guard mall tu, tapi macam orang pak guard itu je yang kalah.

9. Kami masuk kedai buku, malangnya tiada buku bahasa inggeris. Rupa-rupanya, di mall itu juga tiada pusat bowling. Aduh. Terus kami decide untuk solat di tingkat paling atas. Nak naik atas, lif pulak buat masalah. Tak boleh masuk 8 orang. Nasib baik tak rosak lif tu. Hu Hu

10. Di mall ni, baru nampak orang Turki kapel-kapel. Ingatkan tiada sangat, rupanya di Ankara sebiji macam KL.

11. Disebabkan tiada apa yang boleh dibuat di mall itu, kami decide untuk ke bangunan Parlimen. Bila google map, kami perlu ke stesen Ulus. Bila sebut Parlimen, rakyat Turki semua tak faham. Oh baru tahu mereka panggil Grand Nasional Assembly.

12. Tapi bila tanya Grand Nasional Assembly, mereka tak faham sebab bahasa Inggeris. Fuh.

13. Disebabkan tak jumpa Grand Nasional Assembly, kami ke Haci Bayram Camii (Haji Bayram Mosque). Haji Bayram ialah seorang ketua tasawwus/tarekat di situ. Sampai-sampai, banyak pengawal yang menjaga masjid itu. Nasib baik mereka friendly.

14. Bila kami masuk, jumpa orang-orang Turki dan kami ditegur oleh mereka. Ada yang cikgu dan ada yang civil engineer.

15. Kemudian, kami terus ke Otogar untuk kejar bas pada jam 12.45 malam. Kesimpulannya, tiada apa yang dapat sangat dari Ankara. Mungkin sebab tak kenal siapa-siapa seperti di Konya. Tapi, Anit Kabir memang best.

16. Bas akan tiba di Istanbul jam 8.30 pagi. Jadi, dalam bas adalah peluang untuk rehat secukupnya. Sebelum naik bas, sempat minum elma cay dulu. He He

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s