Nota Turki #6

6 April 2011

1. Pagi ini tak dapat subuh di mana-mana masjid, melainkan dalam bas sahaja. 7.30 am, sampai di Otogar Konya. Terus mencari tandas untuk khidmat diri.

2. Selepas itu, kami sarapan. Makanan di Konya memang murah berbanding Istanbul. Elma cay (apple tea) di situ sedap. Oh ye, nampak ada kereta Proton Gen-2 di Konya.

3. Selepas itu, ingin ke Kemp Merkezi (city centre) sebab janji dengan Mehmet untuk bertemu di sana. Mehmet suruh turun di Alaadin Store. Ingatkan itu shopping complex, rupa-rupanya ‘store’ ialah bukit. Alaadin Store tu ialah bukit di tengah-tengah roundabout yang besar, macam roundabout di Putrajaya. Nasib baik ada orang dalam bas tolong.

4. Waktu tunggu Mehmet, ada orang Turki tegur. Baik punya borak, rupanya orang tu gila. Kami siap boleh tangkap gambar dengan dia lagi. Bagus lah, sapa suruh tak reti cakap bahasa Turki.

5. Tak lama, Mehmet datang dengan temannya Abdullah. Sebenarnya, bila tengok facebook Mehmet, saya dapat rasa muka dia macam Anas Altikriti, bekas Presiden MAB. Bila tengok betul-betul, boleh kata ada rupa la.

6. Mehmet dan Abdullah bawa kami ke markaz mereka. Mereka dari persatuan Erdemli Genclik (Virtuous Youth). Association mereka itu guna scouting untuk ajar tentang Islam. Di markaz mereka, saya nampak buku alMaududi dan Ismail Faruqi. Boleh tahan.

7. Association diorang ditubuhkan oleh Prof Dr. Mahmud Es’ad Cosan. Tak pernah dengar pun nama ni, balik UK perlu kaji sedikit.

8. Di Konya, kami pergi ke makam Jalaluddin arRumi, tokoh yang dicintai oleh penduduk Konya. Mereka hanya panggil beliau Maulana. Cerita Jalaluddin arRumi dan guru beliau – Shemsi Tebrezi – pun sangat menarik. Sejujurnya, saya terkesan dengan Jalaluddin arRumi, lalu membeli dua buah buku berkenaan beliau.

9. Mehmet bawa kami ke Markaz mereka di tengah bandar yang lebih besar. Di sana, mereka belanja lunch – etliekmek dan ayran. Ayran tu macam yogurt, tapi sangat tak sedap. Jaga hati punya pasal, habiskan jugak. Fuh.

10. Kemudian, kami beli Turkish Delight dan Baklava. Sedap juga. Saya personally masih mencari souvenir, tapi tak jumpa lagi.

11. Jalan-jalan, nampak booth IHH. Cara sebutannya ialah ‘ihaha’. IHH merupakan penganjur utama Mavi Marmara. Mereka pampang lukisan-lukisan oleh anak kecil Palestina. Sangat cantik, kerana dilukis dari hati yang suci dan berjuang.

12. Penduduk di Konya lebih friendly dari Istanbul. Ada budak naik basikal tegur kami, dan berjalan bersama. Lepas borak, saya hadiahkan dia badge.

13. Lepas penat, kami pulang ke Markaz Erdemli Genclik. Di situ, kami perlu decide untuk stay di Hotel atau terus ke Ankara. Memang agak tense dan menyusahkan Mehmet juga waktu tu. Akhirnya, kami decide untuk stay di hotel walaupun mahal sedikit.

14. Abdullah buat sedikit penerangan bergambar tentang persatuan mereka itu. Saya dapat rasa keterikatan dengan mereka, malah kagum. Abdullah ada beberapa group kecil yang dicater oleh beliau – dari highschool, dari universiti dan dari primary school. Kira dia bawak usrah untuk setiap lapisan umur. Dahsyat. Hujung minggu itu, mereka ada program di Ankara tentang kepemudaan. Jelesnya.

15. Aslam tanya, bagaimana ingin balance kan antara studi dan aktivisme. Dia ambil teaching english. So, tak busy sangat. Tapi, keazaman dan tawakkal mereka sangat tinggi. Kami ada ambil video tentang persatuan mereka itu, harap dapat tunjuk pada teman-teman lain. Bukan senang ingin berjuang di Turki.

16. Petang itu, kami main futsal bersama. Memang seronok dapat main futsal di Turki, bukan senang. Dah la Malaysia lawan Turki. Siapa menang? Friendship won, kata mereka.

17. Kemudian, mereka bawa kami ke asrama mereka. Rupanya, semua mereka itu dari persatuan Erdelim Genclik. Lepas solat, baca kitab mereka sedikit, ala-ala Mathurat.

18. Lepas tu, ada sesi tertutup dengan mereka. Kami tanya soalan killer, tentang Ataturk. Mereka tak bagi upload video dalam facebook, kalau tak esok mereka mungkin di penjara.

19. Sangat best lepak di asrama diorang. Memang sangat best.

20. Kami belanja Mehmet dan Abdullah di sebuah restoran, tanda penghargaan layan kami seharian. Lepas tu, mereka pulak belanja kami aiskrim. Ha Ha.

21. Jumpa jugak budak Bristol yang turut contact Abdullah. Kesian mereka, perlu layan dua group budak-budak Malaysia.

22. Waktu nak pisah dengan Mehmet, memang touching. Saya hadiahkan Mehmet, Abdullah dan ketua Erdemli Genclik cawangan Konya badge yang tertulis ‘Unity in Diversity’. Mehmet faham benar dengan makna badge itu.

23. Malam itu kami tidur di Hotel, sorang bayar 30 Lira. Nasib baik Man Utd menang 1-0 lawan Chelsea. He He.

24. Abdullah memang suka panggil saya young boy, sambil tarik pipi saya. Malam itu tidur dengan nyenyak dan gembira, kerana Konya dah jadi sebahagian dari tanah airku.

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s