Nota Turki #5

5 April 2011

1. Alhamdulillah, pagi ni Subuh di Blue Mosque. Usai solat, imam bertanya, ‘Min ayyi?’. ‘Min Malizi’.

2. Pagi ini ke Muzium Teknologi Islam. Kononnya, dulu-dulu dah ada grenade dan torpedo. Malangnya, tutup.

3. Terus ke Eminonu untuk menaik feri, belayar di Selat Bosphorus. Perasaan ibarat sedang ingin membuka kota Konstantinopel. Konon-konon nak jadi Raja yang terbaik lah, tapi jadi tentera yang terbaik pun dah cukup bagus. Dalam feri, jumpa warga Britain, borak-borak sedikit. Bukan senang nak jumpa orang reti cakap English di Turki.

4. Selat Bosphorus ialah yang memisahkan antara Turki Eropah dan Turki Asia. Golden Horn ialah yang memisahkan antara dua tanah Turki Eropah.

5. Miniaturk ialah destinasi seterusnya. Dapat lihat semua monumen yang boleh dilawati di seluruh Turki, dalam skala mini. Ingatkan nak main go-kart jugak dekat situ, tapi mahal dan keretanya rosak.

6. Kemudian dinner di kedai kebab Murah. Saya order et doner kebab dan portakal suyu. Et ialah red meat, dan portakal ialah oren – burtuqolun dalam arab.

7. Malam ini 17 orang kami berpecah pada tiga kumpulan : 8 orang ke Konya, 6 orang ke Bursa, dan 3 orang stay di Istanbul. Saya termasuk budak-budak Konya. Nasib baik Izzuddin ke Konya juga, boleh buat video dan gambar. He He.

8. Sebenarnya, malam itu kami ke Otogar (stesen bus) secara on the spot. Harap-harap dapat tiket ke Konya malam itu juga. 9.40 pm, sampai di Otogar.

9. Di stesen bus, ada bas jam 10 pm. Nama syarikat bas itu ialah Kontur. Macam biasa, ulat-ulat memang penuh. Patutnya harga tiket 40 Lira, tapi kitorang bargain sedikit, dapat 30 Lira seorang. Memang best, sebab saya berlakon nak pergi survey harga bas syarikat lain.

10. Bas di Turki memang power, macam flight. Ada pramugara yang serve biskut dan minuman. Dan, ada televisyen di setiap tempat duduk. Saya layan drama Turki yang tak faham apa, tapi dapat hint yang filem diorang dah macam Barat juga.

11. Apa lagi, dalam bas memang patut tidur, sebab esok nak ada tenaga di Konya. Moga selamat sampai dan bertemu dengan Mehmet.

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s