Nota Turki #4

4 April 2011

1. Alhamdulillah, Subuh di Masjid Biru memberi suasana perasaan yang lain. Kalau tidak silap, mereka bermazhab hanafi. Oleh itu perlu tunggu 30 minit sebelum imam mengetuai Solat Jamaah. Ala kulli hal, cuaca sangat sejuk.

2. Kemudian, sambung tidur sebelum breakfast.

3. Hari ini ke Topkapi Palace. Istana yang dibina oleh Sultan Muhammad alFatih. Sangat besar, macam istana dalam filem-filem klasik China. Dalam tu, ada banyak barang-barang lama – tangan nabi Yahya, janggut dan tapak kaki nabi Muhammad, pedang para sahabat, baju alFatih serta baju buruk Fatimah.

4. Oh ye, ada juga Pintu Taubat dari zaman abbassiah, diperbuat dari kayu. Pelik pun ada, rasanya pintu taubat Tuhan ada di mana-mana selagi diperbuat dari keikhlasan.

5. Di masjid dalam Topkapi Palace, kami mengambil wudu’ menggunakan embun. Pengalaman baru. Kebanyakan masjid di sini ada hiasan besar tertulis : Allah, Muhammad, Abu Bakar, Umar, Utsman, Ali, Hasan dan Husin.

6. Sebenarnya, saya dapat mesej dari Angah sebelum masuk Topkapi Palace.

‘Salam semua. Sarah dh selamat lahirkn baby girl. Alhamdulillah’ [Angah, 4 April, 11.18 am]

7. Destinasi seterusnya ialah Eminonu yang berdekatan dengan laut. Kami mencari tempat makan. Jumpa satu yang unik, makan kebab ikan fresh. Kedai yang hanya ada satu menu, ikan tersebut di masak atas kapal. Kami perlu pergi ke kapal tersebut, bayar 4 Lira dan terus dapat. Makan dengan garam dan lemon. Sedap.

8. Cuba juga jeruk dalam air warna merah. Errkkk. sangat tidak sedap. Orang Turki gelak-gelak tengok kami, sebab mereka minum air merah tu ibarat sirap.

9. Spice Bazaar juga ada di situ. Kami mencuba pelbagai manisan – Turkish Delight, Baklava. Ada juga manisan bernama Turkish Viagra. Tertulis ‘Turkish Viagra : Non stop, No sleeping’ atau ‘Turkish Viagra : 5 times a night’. Turki memang pelik.

10. Pekedai Turki akan cuba promosikan kedai mereka sehabis-habisnya. Tips bagi kami, bila dioffer rasa manisan, ambil je. Tapi bila dah suruh masuk kedai, blah je.

11. Seorang pekedai bertanya ‘Do you know Arabic?’ ‘Syuwaiya. Qalil’. Selepas itu saya cuba bergurau, ‘Ana kal Muhajirin, wa enta kal Ansar. Free, Free’. ‘Alrite, ta’al.’ Kemudian dia peluk saya dengan kuat dan tak mahu lepaskan. Kononnya, Muhajirin perlu tinggal dengan Ansar. Teman-teman boleh pulak sengaja tinggalkan saya. Pekedai-pekedai Turki lain turut join. Ada yang datang pegang tangan saya. Saya yang gelak-gelak cuba melepaskan diri, dan berjaya. Waktu nak mengejar teman-teman, pekedai yang lain ‘menipu’, katanya duit saya jatuh. Bila saya patah balik untuk ambil, ada yang cuba pegang tangan saya. Waktu tu, saya tahu mereka cuba ‘menipu’ saya. Jadi, saya tak jadi pergi. Tapi kawan saya nak pergi tolong ambilkan ‘duit’ saya tu. Ha Ha. Everyone is laughing waktu tu. Spice Bazaar gamat bila orang Turki bertemu orang Malaysia.

12. Ada teman-teman yang mahu pulang. Lalu, kami berpecah. Saya pilih untuk terus menikmati udara malam Istanbul. Berjalan di tepi laut, angin sangat kuat. Sejuk. Seperti biasa, bila ada kepah je, kami terus beli.

13. Malam itu, kami makan di Burger Turk, ala-ala MarryBrown yang mahu tiru suasana fastfood. Seperti biasa, pekedainya tidak reti berbahasa Inggeris.

14. Alhamdulillah, hari ini lebih baik dari semalam. Topkapi sangat menarik, juga sebab dapat anak saudara baru – di Turki. Yang sedih hanya satu, mutabaah tilawatul Quran tak sempat saya habiskan.

15. Kalau kakaknya bernama Nur binti Aiman, mungkin baby girl itu namanya Topkapi binti Aiman. Siapa tahu?

One thought on “Nota Turki #4

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s