Nota Turki #3

3 April 2011

1. Hari ini tidak sempat untuk Subuh di Blue Mosque. Rugi. Pagi ini, setelkan mutabaah amal awal-awal, sebab akan berjalan seharian.

2. Sebelum pagi, kami berjalan ke tepi pantai untuk ambil udara segar. Jam 8 pagi, terus bersarapan – English Breakfast.

3. 10 pagi, bertolak ke Dolmabache Palace, tempat tinggal 6 Khalifah terakhir dan juga Mustafa Kamal Ataturk. ‘Dolmabache’ bermaksud ‘Part of The Sea’. Istana yang sungguh indah, dihiasi dengan emas di syiling dan dinding. Bayaran masuk ialah 1 Lira sebab ada student card. Kalau tak, 20 Lira.

4. Warna tema Khilafah Uthmaniah ialah antara merah dan pink. Tak dapat tangkap sebutan sebenar oleh tour guide itu. Banyak kisah yang tersingkap. Puas hati bila ke Dolmabache.

5. Saya sempat beli ukiran jata Khilafah Uthmaniah. Niat di hati, ingin gantung di rumah sekarang dan rumah masa hadapan. Biar terus sebati di hati misi membina khilafah.

6. Kemudian terus cari lunch. Dalam perjalanan, saya masuk ke kedai buku. Di tanya, ‘Where is the english section?’. Jawabnya, ‘upstairs’. Di atas, pekedai menunjukkan saya bahagian kamus english dan buku grammar english. -.-” Walaupun kecewa, dapat lihat bahawa Bahasa Turki diguna pakai dengan baik dalam semua bidang – Bahasa Tamadun.

7. Terus ke Istana Yildiz, tempat tinggal Sultan Abdul Hamid II. Baginda tidak mahu tinggal di Dolmabache Palace kerana terlalu mewah. Dikatakan di sinilah Sultan Abdul Hamid II dibuang dari amanah Khalifah oleh pengkhianat Ummah serta Yahudi.

9. Selepas penat melalui jalan berbukit, malangnya Istana Yildiz sudah tutup. Harapnya esok dapat kembali, untuk lihat sendiri beza rumah khalifah yang hebat dan khalifah-khalifah yang lain.

10. Kami putus untuk naik trem hingga ke stesen hujung, untuk lihat kota Istanbul. Semakin ke hujung, semakin nampak wanita bertudung. Sejujurnya, saya jatuh hati dengan pakaian wanita turkey yang bertudung – kot, tudung dan selendang. Nampak elegan, dan nampak keterhadapan. Sopan.

11. Kami turun dari trem untuk ke Shopping Complex. Saya sedikit teruja, sebab dapat lihat ragak anak muda Turki, serta bagaimana perjalanan ekonomi Turki. Dahsyat, masuk ke Shopping Complex pun perlu lalui security. Entah apa yang ditakutkan pon tak tahu.

12. Saya beli jelly, kegemaranku. Sempat juga curi-curi masa tengok harga tudung cantik itu. Aduh ! Mahalnya. Harap dapat jumpa di tempat lain yang lebih berkemampuan.

13. Yang sedih, even di Shopping Complex penjual tidak pandai berbahasa Inggeris. Oh ye, waktu lunch kami jumpa seorang budak yang tolong kami beli kepah. Budak itu tahu berbahasa Inggeris. Kami interview untuk dimasukkan dalam video pengembaraan kali ini, inshaAllah.

14. Di Shopping Complex, saya semakin rasakan Istanbul sebijik macam KL ! Seorang teman berkata, ‘Ini tanda KL adalah bandar Sekular.’ Saya berseloroh, ‘Ke Istanbul yang bandar Islam?’

15. Seperti Istanbul, lelaki dan wanita Turki juga adalah dua wajah – campuran Arab dan Eropah. Untuk eropah, mereka mirip wajah Italian. Itu pengamatan saya.

16. Tiba di Sultan Hostel jam 10 malam. Sangat penat. Teman-teman yang belajar di Bristol lawat kami di Hostel.

17. Alhamdulillah, hari ini lebih baik dari semalam. Semoga esok lebih baik dari hari ini.

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s