Nota Turki #2

2 April 2011

1. Hari pertama di Turki. Alhamdulillah, tiba jam 12.20 pm waktu Turki setelah 4 jam perjalanan yang meletihkan. Yang jadi peneman dalam kapal terbang ialah tidur dan membaca novel Mitch Albom ‘Have a Little Faith’. Seperti biasa, novel beliau sangat basah.

2. Kami berbincang, sama ada ingin mengambil jalan murah tapi lambat, atau jalan mahal tapi cepat. Oleh kerana cuaca hujan, kami memilih jalan mahal tapi cepat untuk ke Sultan Hostel dari Sabiha Gokcen Airport, Istanbul – menggunakan Shuttle Bus.

3. Saya keluar sebentar dari Airport untuk mengambil udara Istanbul. Namun, tidak dibenarkan masuk ke Airport melalui pintu yang sama. Perlu ke pintu satu lagi, dan lalu security. Entah apa yang Turki takutkan sangat? Hingga sesiapa yang ingin masuk ke Airport, perlu lalu security.

4. Istanbul, bandar dua wajah. Perasaan pertama, I feel like home. Seolah-olah ia perjalanan dari Sepang (atau Selayang) ke Kuala Lumpur. Semuanya di Istanbul. Rumah, pemandangan dan jalan raya seperti di Malaysia.

5. Oh ye, kebanyakan rumah – miskin atau kaya – ada piring satelit ala-ala Astro. Jalan raya diselang-seli dengan tol, seperti di Malaysia. Agaknya, ada tak yang buat demo bantah tol di Turki?

6. Yang menarik, ada penjual di tengah-tengah highway. Cuma mereka memilih bahagian yang sesak, supaya mudah pemandu kereta ingin membeli. Tak kelihatan ada yang membeli, tapi ada penjual bermaksud ada demandnya.

7. Jam 3, sampai di Sultan Hostel. Tinggal di dalam dorm seramai 26 orang. Kami 17 orang, bermakna ada orang lain yang tinggal bersama. Alhamdulillah, semua lelaki.

8. Pemerhatian awal saya, tidak ramai wanita bertudung. Malah ada yang merokok. Puntung-puntung rokok banyak di jalanan. Mungkin rokok salah satu penyumbang utama GDP Turki, sama seperti Malaysia.

9. Terus kami ke Masjid Biru, 5 minit berjalan kaki dari Hostel. Harapnya, dapat konsisten solat jamaah di Masjid Biru. Di sana, saya menyapa dalam bahasa Inggeris seorang rakyat Turki untuk bertanya tempat ambil wudu’. Dibalasnya dengan bahasa Turki. Maksudnya dua; bangga dengan bahasa Turki, atau tak pandai bahasa Inggeris.

10. Masjid Biru bertentangan dengan Masjid Aya Sofia (kini muzium). Kononnya, Masjid Biru dibina untuk melawan seni binaan Masjid Aya Sofia. Kerana Masjid Aya Sofia pada asalnya ialah gereja.

11. Sebenarnya, kebanyakan masjid di Turki ibarat sama blue print, yang berbeza ialah saiznya. Jadi, tiada apa yang dikagumkan sangat dengan Masjid Biru.

12. Tidak kelihatan budaya kuliah di Turki. Mungkin piring-piring Astro di setiap rumah mempunyai makna penting bagi warga Turki. Pemikiran mereka akan terbina melalui media. Mungkin gerakan Islam di sini perlu prioritikan media berbanding masjid.

13. Masjid di Turki memang banyak, ibarat sebelah-sebelah. Gaya dan sistemnya pun sama. Masuk masjid, letak kasut dalam plastik, bawa kasut ke dalam masjid. Oh ye, saff jamaah pun lebih kurang satu atau dua baris sahaja. Yang sedih, masjid banyak tapi kehidupan rakyat seolah-olah masjid tidak memberi kesan kepada mereka – dualism.

14. Pekedai Turki, ramai yang tahu bahasa Malaysia. Mungkin kerana orang Malaysia memang suka membeli-belah.

15. Saya dan 4 orang rakan keluar untuk Nightlife. Sejujurnya, Istanbul tidak berapa hidup ketika malam. Yang menarik, makan kepah di tepi jalan. 1 Turki Lira boleh dapat tiga kepah. Agak sedap rasanya bila dimakan dengan lemon, tapi yang lebih nikmat ialah pengalamannya. Makan petang kami ialah kebab 2 Lira.

16. Kami sempat tengok-tengok di Grand Bazaar. Niat di hati ingin beli hadiah untuk seseorang, tapi tiada satu pun yang berkenan. Banyak patung-patung dan barang-barang yang terlalu bermanik dan berkilau – tidak menarik.

17. Kemudian, kami lepak di Burger King. Kata kawan-kawan, Burger King tak perlu boikot. Lama juga lepak, banyak juga cerita lama yang keluar. Rasa seperti kedai mamak di Malaysia pulak, santai tapi membekas.

18. Alhamdulillah, jumpa money exchanger yang menawarkan 1 pound untuk 2.43 Lira. Itu yang terbaik. 100 pound ditukar untuk kali ini.

19. Perjalanan pulang ke Hostel, terserempak dengan teman-teman Malaysia yang menuntut di London. Sudah 4 hari di Istanbul katanya. Kami terus melalui jalan ditemani trem di tengah-tengahnya. Sempat menjenguk ke Masjid Aya Sofia untuk tangkap gambar dari luar.

20. Malam ini, perlu habiskan mutabaah amal yang tinggal sedikit sahaja lagi. Moga hari esok bertemu dengan sesuatu yang lebih baik.

21. Oh ye, ada kenalan dari Konya (salah satu bandar kecil di Turkey) tegur di Facebook, menjemput ke sana. Moga Allah mudahkan kami untuk ke sana, kalau jadi.

One thought on “Nota Turki #2

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s