Nota Turki #1

Bertolak

1. 1 April 2011, 8.11 pm, Southampton Central Station ke Gatwick Airport. Terima kasih kepada Akram yang menghantar kami ke stesen kereta api dengan kereta.

2. Dalam train, tiada apa sangat yang boleh dibuat. Main mafia dan teka-teki jadi pengisi masa, sebelum tiba pada jam 10 pm. Oh ye, ada juga yang ambil masa untuk tidur.

3. Tempat pertama yang dicari di Gatwick Airport ialah chapel untuk mendirikan Jamak Maghrib dan Isya’. Ada perempuan (agaknya bangsa china) yang sedang baca bible. Kami hargai kerana beliau beri laluan kepada kami untuk solat berjamaah. Moga Allah menghidayahi beliau.

4. Kemudian, makan dan tidur. Seperti biasa, saya tidur paling awal. Dan seperti biasa juga, tidur saya tidak terganggu sangat dengan bunyi bising dan keadaan kerusi yang keras.

5. Asyraf kejut jam 4 pagi. Setelah khidmat diri dan mencuri masa sedikit bersama Tuhan, kami bersiap untuk check in. Namun sebenarnya tidak perlu, kerana sudah ada boarding pass. Oleh itu, terus bersiap untuk Subuh. Sempat juga tilawah alquran dan mathurat kubra.

6. Waktu tidur, masuk mesej dari Angah.

‘Slm semua. Sarah/k. Sarah dh start contraction every 5 minit drpd kul 3, satgi nak pegi hospital dh. Doakan =)’ [Angah, 2 April, 12.41 am]

7. Jam 6.35 pagi, kapal terbang berlepas. Moga Allah pertemukan aku dengan sesuatu, yang perlu disingkap dari bumi Khilafah ini.

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s