Pop

Kita selalu terkejar-kejar. Boleh relaks tak?

Saya selalu membayangkan. Ahli dakwah mampu keluar dari kotak pemikiran biasa.
Yang saya maksudkan ialah mereka pop-kan budaya dakwah dan tarbiah. Duduk di tepi-tepi jalanan, bermain gitar dan menyanyi.
Atau, adakan Saturday Night Live di RI mereka. Bermesej dalam menyanyi, atau bersajak.

Bagi saya, itu lebih jalanan. Dan lebih dekat dengan masyarakat.
Bermakna, lebih tidak elit dan tiada perlu protokol pakaian. Tidak perlu juga kertas kerja program.
Sebenarnya, majoriti masyarakat Malaysia lebih banyak yang tidak elit daripada yang elit.

Mungkin di Malaysia, penghibur jalanan dianggap sampah masyarakat. Di negara eropah, Jerman contohnya, penghibur jalanan diberi penghormatan sewajarnya.

Adakalanya, kita perlu pop-kan budaya kita. Seperti yang berlaku ketika Revolusi Mesir.
Siapa kata revolusi itu yang ganas-ganas sahaja?

Tertunggu-tunggu pasangan baitul muslim yang boleh persembahkan mesej mereka, sekurangnya ketika program. Yang seorang main gitar, yang seorang menyanyi atau bersajak. Lagi best kalau sajak tu reka sendiri.

One thought on “Pop

My Comment