Falasi Logika | Correlation not Causation

Penerangan

Correlation ialah dua perkara yang ada kaitan. Causation ialah satu perkara menyebabkan satu perkara lain terjadi.

Falasi ini terjadi apabila kita mengatakan bahawa sesuatu perkara terjadi pasti disebabkan oleh sesuatu perkara yang lain, hanya kerana mereka terkait.

Mudahnya begini, boleh jadi A terkait dengan B. Tapi belum tentu A yang menyebabkan B terjadi.

Contoh

Apabila seorang pendakwah gagal dalam akademik, kadang-kadang yang terus dipersalahkan ialah dakwah. Walaupun mungkin dakwah dan akademik itu terkait rapat, rumusan tanpa kajian untuk mengatakan bahawa dakwah adalah penyebab kepada kegagalan akademik merupakan falasi. Kerana, banyak sahaja kes pendakwah yang berjaya akademik kerana ada wawasan dakwah.

Ataupun, ramai menggunakan hujah bahawa bila ada pacaran sahaja, ia memberi kesan yang baik kepada akademik. Lalu, pacaran itu boleh dan bagus. Sudah tentu pacaran dan akademik terkait banyak, tapi belum tentu pacaran yang menyebabkan akademik seseorang berjaya. Kerana, banyak sahaja kes gagal akademik disebabkan berpacaran.

Saranan

Umur 18 tahun ke atas ialah fasa untuk reasoning, atau fasa mencari sebab di sebalik sesuatu. Jadi ia perlu dipandu dengan baik. Kalau tidak, Tuhan dan alam ghaib pon boleh diragui.

Selain itu, manusia cenderung untuk mencari kambing hitam pada sebuah kegagalan. Biasanya, yang dipersalahkan ialah faktor luaran, bukan dirinya sendiri. Sikap begini merupakan sikap pasif.

Oleh itu, kita perlu bersikap proaktif. Ini dapat mengelakkan daripada sikap mahu mencari kambing hitam. Kita perlu mampu jujur melihat sesuatu perkara dengan adil, mengkaji sebab dan akibat yang berlaku dengan penuh tenang.

Ini lah muhasabah.

Untuk ahli matematik atau ekonomi, sila guna regression analysis.

4 thoughts on “Falasi Logika | Correlation not Causation

  1. Persoalannya mengapa tidak boleh diragui Tuhan dan alam ghaib?

    Melainkan iman lebih indah dari kebenaran.

    Posisi default saya adalah semua manusia patut bebas mempersoalkan apa sahaja. Bila kepercayaan, Tuhan mempengaruhi sebahagian besar kehidupan seseorang, dia mesti berhak mempersoalkan kebenaran adanya Tuhan itu sendiri.

    Apa munasabah wujudnya Tuhan?

    • 1) Boleh sahaja nak ragui Tuhan dan alam ghaib. Tiada masalah pun.
      2) Boleh sahaja taknak meragui Tuhan dan alam ghaib. Tiada masalah pun.

      3) Bagi sesetengah manusia, yang lebih indah itu ialah bola sepak.
      4) Bagi sesetengah manusia, yang lebih indah itu ialah iman.
      5) Bagi sesetengah manusia, yang lebih indah itu ialah sex.

      6) Semua orang berhak mempersoalkan wujudnya Tuhan.
      7) Semua orang berhak untuk tidak mahu mempersoalkan wujudnya Tuhan.

      8) Posisi default anda adalah milik anda, dah perlu dihormati oleh sesiapa pun. Yang penting, anda juga perlu menghormati posisi default milik orang lain.
      9) Itu lah prinsip dalam meraikan kebebasan. Anda jenis yang suka bebas atau yang jenis suka autokratik?

  2. “boleh sahaja nak ragui Tuhan dan alam ghaib.tiada masalah pun”. tiada masalah dgn manusia. tapi masalah besar nnt di akhirat.

    utk soal “mengapa tidak boleh diragui Tuhan dan alam ghaib?”

    bukankah iman itu ertinya percaya? =)

    maka bila kita kata kita beriman dengan Tuhan yg Esa, tak perlu nak diRAGUI lagi.

    • pandangan saya on “mengapa tidak boleh diragui Tuhan dan alam ghaib?”

      ” ragulah kalau mahu. janganlah ragu kalau xmahu”.

      orang boleh cakap ” JANGAN ragu! iman itu percaya, percaya sajalah!”. tapi sampai bila kita mahu menunduk pada apa yang orang cakap tanpa kita sendiri yakin pada apa yang disebutkan?

      to me personally, silakanlah untuk meragukan. silakan meragu dengan niat dan kemahuan. kerana to me in the end, kita tidak meragu kerana “tidak diizinkan meragukan all those things” mungkin nanti kita mempersalahkan orang lain pula.

      we have free will last time I checked.

      salam. : )

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s