Falasi Logika | Appeal to Authority

Penerangan

Appeal to Authority berlawanan kepada Ad Hominem. Kalau Ad Hominem menolak sesuatu kerana peribadi, Appeal to Authority ialah menerima sesuatu kerana peribadi.

Appeal to Authority berlaku ketika kita menyandarkan kebenaran sesuatu kepada autoriti seseorang. Dalam kebanyakan falasi jenis ini, proses membuat rumusan tersebut yang tidak tepat. Tidak kira setinggi mana pun autoriti atau kepakaran seseorang dalam sesuatu bidang, manusia tidak terlepas dari kesilapan.

Kes yang paling teruk ialah apabila ia disandarkan kepada peribadi yang tiada autoriti pun dalam bidang tersebut.

Contoh

Waktu baru-baru masuk ke MRSM Taiping, saya di sapa rakan ketika di surau. Dikisahkan beliau, ada seorang wali yang mampu tahan wudu’ selama 40 tahun. Kononnya, makannya cukup-cukup dan tidurnya dijaga benar. Lalu, mana kau dengar kisah ni? ‘Dari seorang Ustaz di sekolah lama’, katanya. Rakan saya itu sekarang ada di Liverpool.

Selain itu, di antara sebab Kafir Quraisy menolak dakwah Rasulullah saw ialah mereka menyandarkan kebenaran agama mereka kepada nenek moyang. Memang lazim kita merasakan orang yang lebih tua mempunyai autoriti lebih, tapi itu bukan justifikasi kepada kebenaran.

Bagi kes Appeal to Authority yang paling teruk, ambil sahaja kisah dari Langit. Iblis meletakkan dirinya sebagai autoriti untuk menjustifikasikan kebenaran tidak mahu sujud kepada Adam. Malangnya, siapa kata api lebih hebat dari tanah?

Contoh lain, tengok sahaja cara rakyat Malaysia berborak tentang politik tanah air.

Saranan

Tiada saranan yang lebih baik berbanding saranan Rasulullah saw – berpeganglah pada alQuran dan asSunnah, nescaya kita tidak akan sesat dan disesatkan.

Juga, tahan diri dari berhujah apabila tiada fakta. Apatah lagi, bila emosi sedang menguasai.

Bonus

Untuk mengasah kefahaman iman, ada satu persoalan menarik – adakah menyandarkan kebenaran sesuatu kepada Rasulullah saw dikira sebagai Appeal to Authority?

4 thoughts on “Falasi Logika | Appeal to Authority

  1. yup. as Allah ask the Prophet saw to say:
    ‘Say: “If ye do love Allah, Follow me: Allah will love you and forgive you your sins: For Allah is Oft-Forgiving, Most Merciful.” (ali imran:3)

  2. “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan Dia banyak menyebut Allah.” (surah al-ahzab)

    peribadi yg sempurna. satu dalam berjuta. approved by The Lord of Alamin.

  3. kalau peribadi takde terkaitan dgn authority kenapa hadith nabi kena ada perawi yg terpilih baru hadith tu boleh dikira hadith yg diterima?

    • Soalan yang menarik.

      Ini pandangan saya. Yang dimaksudkan dengan artikel di atas ialah peribadi tiada kaitan dengan keabsahan sesuatu idea, bukan peribadi tiada kaitan dengan autoriti.

      Wallahualam.
      Yang penting, falasi-falasi yang saya tulis pun tidak semestinya benar secara mutlak.

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s