Falasi Logika | Ad Hominem

Jalur fikir merupakan aspek penting dalam mendefinisi kita sebagai manusia. Atas dasar itu, belajar mengurus jalur fikir adalah penting. Saya akan cuba memberi sedikit info tentang kesalahan/kelemahan jalur fikir, atau nama lainnya ‘falasi logika’.

Penerangan

Ad Hominem berasal dari perkataan Latin, yang bermaksud ‘terhadap manusia’ atau ‘against a man’.

Falasi Ad Hominem berlaku apabila kita menolak sesuatu idea kerana si pemberi idea, bukan kerana idea itu yang lemah. Dalam bahasa mudah, menyerang sosok peribadi atau character assasination. Ini lebih mudah berlaku apabila kita ada persepsi negatif terhadap si pemberi idea. Mana-mana dialog yang diasaskan dengan falasi Ad Hominem sudah tentu tidak membawa ke arah rumusan yang baik. Ini kerana idea tidak dibincang, bahkan sosok peribadi yang mendapat tempat dan perhatian.

Namun begitu, tidak semua serangan sosok peribadi dikira sebagai Ad Hominem. Sebagai contoh, rekod rasuah yang teruk oleh seorang ahli politik merupakan faktor penting bagi rakyat dalam membuat penilaian terhadap beliau untuk dilantik semula sebagai wakil rakyat. Rakyat boleh menjadikan itu sebagai faktor dalam penilaian, walaupun ia tidak membuatkan idea daripada beliau ditolak mentah-mentah.

Contoh

Usaha dakwah Rasulullah saw telah ditentang oleh Kafir Quraisy dengan hebat. Berdasarkan Fi Zilal alQuran, empat gelaran yang diberi Kafir Quraisy kepada baginda ialah tukang tilik, gila, pesihir dan penyair. Ini dilakukan sebagai usaha character assasination. Di sini, kafir quraisy menolak Islam dengan menyerang – malah memfitnah – sosok peribadi Rasulullah saw, tanpa membincangkan isi kandungan Islam itu sendiri.

Thufail bin Amr adDausy merupakan seorang penyair yang bijak. Ketika beliau baru sampai di Makkah, sosok peribadi Rasulullah telah diburuk-burukkan, hingga membuatkan beliau takut dan menyumbat telinga agar tidak terdengar akan dakwah Rasulullah. Namun akhirnya, keyakinan bahawa ilmu beliau adalah cukup membuatkan beliau bersedia mendengar dakwah baginda. Bila terdengar sahaja ayat alQuran daripada Rasulullah, beliau terus memeluk agama Islam. Lalu, ini membuka jalan kepada pengislaman Abu Hurairah.

Saranan

Terdapat dua cara untuk kita mengelakkan falasi Ad Hominem.

Pertama, jujur. Dalam berdialog, kita mesti mempunyai sifat jujur dalam mencari kebenaran, walaupun yang sering kali ialah kita mendabik dada sambil merasakan ‘Aku lah yang benar’. Kebenaran mutlak itu milik Tuhan, dan tugas kita ialah menghampiri kebenaran.

Kedua, ilmu. Thufail bin Amr adDausy mempunyai ilmu yang tinggi. Oleh itu, beliau dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk. Ilmu sangat penting terutama bagi kita yang hidup di era lambakan maklumat tanpa kawalan melalui internet dan media.

10 thoughts on “Falasi Logika | Ad Hominem

  1. cool. thanks for such a well-informed article.

    bukan orang biasa je menolak pandangan orang lain ad hominen. kadang2 yang terpelajar pun, biarlah dia itu intelektual, ulama’ mahupun politician.

  2. Jujur.

    Apa kejujuran apabila kita sendiri tidak jujur apabila dengan semena-mena meletakkan kebenaran mutlak kepada tuhan?

    Kejujuran harus berani mempersoal tuhan. Bukan dengan tujuan menentang tuhan,tapi melihat kebenaran wujudnya tuhan itu sendiri.

    Tiada agama sehingga hari ini yang mampu membuktikan wujudnya tuhan mereka selain dengan KEPERCAYAAN. Hancurnya kepercayaan, tanggallah hijab hitam yang menutup mereka.

    http://images.agustianwar.multiply.com/attachment/0/RxbYbQoKCr4AAD@kzFY1/IslamicCalendar-A-Case-Study.pdf

    Jika si Ghazali tidak mengeluarkan pendapat menyelewengnya, dunia sains islam tidak akan lumpuh sehingga hari ini.

    Jika si Ghazali yang diwar-warkan Imam pun punya pemikiran sebegitu jumud, tiada sebab kita tiada pendapat sendiri, memahami sendiri, dan akhirnya konklusi sendiri.

    Orang beragama tidak akan mampu membuat ‘analisis jujur”. Mereka tidak sama sekali berani mempertikai hal2 aqidah kitab2 mereka dengan pandangan dunia ini hanya sementera, yang kekal kelak di akhirat sana.

    • Nice.

      1) Kalau meletakkan kebenaran mutlak pada tuhan di anggap tidak jujur, lalu meletakkan kebenaran mutlak pada apa yang dianggap jujur? Atau, adakah tidak meletakkan kebenaran mutlak pada apa2 itu yang dianggap jujur?

      2) Kejujuran bukan hanya harus berani mempersoalkan kewujudan Tuhan, malah harus berani mempersoalkan idea diri sendiri.
      3) Kita masih belum mencapai tahap maksima critical thinking selagi tidak mampu self-criticism. Untuk hanya mengkritik faktor luaran dan membiarkan faktor diri sendiri, adik saya yang sekolah menengah pon selalu buat begitu.

      4) Saya meraikan unsur kepercayaan dalam hidup saya, walaupun sudah tentu saya bukan beriman hanya dengan unsur itu. Saya tak dapat bayang betapa bosannya saya akan jadi jika buang unsur kepercayaan dari hidup saya. Sudah tentu saya hidup dalam keadaan yang tidak tenang, kerana asyik tidak percaya sahaja. Saya nak juga hidup dalam keadaan positif dan proaktif.

      5) Maaf, tak sempat baca link yang anda bagi tu. Boleh rumuskan? Terima kasih.

      6) Ghazali hanyalah berpendapat, dan sudah tentu kebenaran mutlak bukan milik beliau. Anda juga berpendapat, dan sudah tentu kebenaran mutlak bukan milik anda. Saya juga berpendapat, dan sudah tentu kebenaran mutlak bukan milik saya.

      7) Mengatakan Ghazali ialah jumud merupakan suatu kaedah labelling. Agak ironi di situ memandang saya melihat anda seorang yang suka berbincang. Dan orang yang suka berbincang jarang menggunakan kaedah labelling. Kita sebenarnya boleh tidak bersetuju dengan alGhazali tanpa perlu mengatakan bahawa beliau jumud. Cukup kita katakan bahawa kita punya pandangan yang berbeza.

      8) Sekali lagi, anda label orang beragama tidak mampu membuat analisis jujur. Ada dua falasi di situ. Pertama, labelling. Kedua, hasty generalisation. Saya kira anda juga orang yang beragama. Adakah anda termasuk dalam orang beragama yang tidak mampu membuat analisis jujur itu?

      Maka, proses deliberasi pon bermula….

  3. Fatabayyanu « scorpietestblog

  4. Fatabayyanu

  5. Jazakallah atas perkongsian. Menarik.

    Cumanya, macam ada satu persoalan sikit. Falasi Ad Hominem didefinisikan sebagai menolak sesuatu idea KERANA si pemberi, bukan kerana idea yang diberi.

    “Kafir quraisy menolak Islam DENGAN MENYERANG peribadi Rasullah” bukan “kafir quraisy menolak Islam KERANA peribadi Rasulullah”.

    So, adakah kafir quraisy tu mengamalkan Falasi Ad Hominem sedangkan mereka mengenali Rasulullah? – Kelihatannya dalam teks, ini merupakan satu contoh Falasi Ad Hominem…

    Bukankah kafir quraisy MENGAKUI kejujuran Rasulullah, tetapi mereka ENGGAN menerima Islam – bukan kerana “idea” Islam itu lemah, sebaliknya kerana enggan menerima Islam? Dengan kata lain, mereka menolak Islam kerana Islam, bukan kerana Rasulullah..

    Contoh mengenai Thufail bin Amr ad-Dausy merupakan satu contoh yang agak baik – walaupun mungkin kurang tepat. Pada awalnya, Thufail mungkin MENYANGKA bahawa Rasulullah memang tukang tilik, gila, pesihir, penyair. Walau bagaimanapun, kerana tingginya ilmu yang ada padanya, dia tidak mengamalkan Falasi Ad Hominem – saranan kedua.

    Mengapa difokuskan MENYANGKA? Kerana tidak pasti samada SANGKAAN boleh dikategorikan di bawah Falasi Ad Hominem atau tidak. Setakat yang difahami, Falasi Ad Hominem melibatkan FAKTA – iaitu fakta buruk peribadi seseorang.

    Mohon diperjelaskan dengan lebih lanjut. =)

    • Tertarik untuk komen.

      Benar kata Husni bahawa kafir quraisy menolak islam kerana islam itu sendiri, bukanlah kerana sosok peribadi Rasulullah. Semua di Mekah kenal sifat Muhammad Ibn Abdullah yg amanah, jujur dan sifat2 baik lainnya.

      Tetapi quraisy tetap menolak islam yg penuh dengan kebenaran itu kerana menggugat kepentingan quraisy dan sebab2 lainnya.
      Sebahagiannya lagi mungkin benar-benar menganggap Rasulullah gila, pesihir dan lain-lain. Maka atas sbb tergugat dengan dakwah rasulullah yg menggugat kepentingan quraisy, ataupun sbhagian lagi mmg tak dpt faham kebenaran yg disampaikan lalu secara ‘jujurnya’ merasakan Rasulullah gila, mereka pon tuduh rasulullah SAW sbg gila, pesihir dll.

      Ini adalah serangan peribadi (Saya masih belum sebut Ad Hominem) quraisy terhadap Rasulullah dengan meletakkan label.

      Antara kehebatan teknik labelling ini, orang-orang yg belum pernah jumpa Rasulullah (‘suci’) sudah mendapat gambaran awal Rasulullah walaupun belum pernah berjumpa atau belum pernah mendengar apa yg ingin Rasulullah sampaikan. Mereka yg ‘suci’ ini mendapati Muhammad ibn Abdullah ini sebagai orang gila, pesihir, penyair dan tukang tilik – sifat tersurat atau tersirat ada konotasi negatif.

      Maka tibalah suatu waktu dimana manusia-manusia yg ‘suci’ ni berdepan dengan Muhammad Abdullah, lalu disampaikan oleh baginda akan kebenaran yg ingin disampaikannya.

      Maka tatkala Rasulullah sampaikan tu, disitulah applicablenya Ad Hominem. Manusia2 suci ini terdedah kepada Ad Hominem dalam menjustifikasikan apa yg disampaikan oleh Rasulullah.

      Kemungkin, ada peratusannya manusia suci ini menolak kebenaran yg Rasulullah sampaikan kerana falasi logika mereka – akibat dari labelling tadi.

      Dengan itu gembiralah quraisy, kerana labelling quraisy dapat menyekat pengembangan dakwah rasulullah kepada quraisy2 lainnya atau manusia2 lainnya yg datang dari luar Mekah.

      ———————–

      Saya tak nampak perkataan MENYANGKA dalam artikel asal as per question wan husni. Tolong tunjukkan apa yg sy tak nampak.

      Anyhow, saya rasa pandangan saya dapat menjelaskan kenapa Thufail ‘menyangka’ Rasulullah pesihir dll.

      ————————

      Saya juga memahami bahawa Ad Hominen tidak semestinya berdasarkan fakta, tetapi boleh jadi akibat dari sangkaan. Sangkaan boleh muncul akibat dari kelemahan si ‘penganggap’ akibat kelemahannya dalam mengevaluasi, atau penganggap ditipu atau didoktrin dengan pandangan-pandangan yg salah terhadap orang yg di ‘ad hominen’ kan itu.

      __________________

      Maaf jika salah silap. Sori author, saya tulis panjang2 T_T

      • Terima kasih atas respons saudara Pyanuddin al-Helmy.

        Berdasarkan respons saudara, maka perenggan pertama di bawah sub-tajuk “Contoh” bukanlah contoh, sebaliknya merupakan pengenalan kepada contoh yang bakal dibawa..?

        ——————-

        Sememangnya tiada perkataan MENYANGKA dalam artikel asal di atas secara terang dan jelas. Walau bagaimanapun, berdasarkan petikan beikut;

        “Ketika beliau baru sampai di Makkah, sosok peribadi Rasulullah telah diburuk-burukkan, hingga membuatkan beliau takut dan menyumbat telinga agar tidak terdengar akan dakwah Rasulullah.”

        Thufail enggan mendengar dakwah Rasulullah kerana MENYANGKA peribadi baginda adalah sepertimana yang diperkatakan oleh kafir quraisy. Di sinilah yang saya maksudkan dengan MENYANGKA dalam komen/pertanyaan saya di atas.

        ——————–

        Berbalik kepada persoalan asal. Daripada perenggan kedua terakhir respons saudara, maka, penggunaan Ad Hominem tidaklah terbatas kepada fakta semata-mata, sebaliknya juga sebarang persepsi negatif yang dilemparkan terhadap si pemberi idea..?

        Saya bertanya kerana saya ingin mengetahui andainya terhadap istilah lain yang digunakan sekiranya penolakan idea tersebut adalah disebabkan persepsi/sangkaan dan bukannya atas dasar pengetahuan fakta seseorang terhadap peribadi si pemberi idea.

        Terima kasih sekali lagi atas penjelasan saudara.

        =)

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s