Social Justice

Part 1 | Part 2

Keadilan Sosial perlu dimulai dengan jalur fikir penuh tanggungjawab, walaupun ramai lebih memilih untuk bermula dengan perebutan hak. Paling mudah, lihat saja gaya perjuangan Sisters In Islam – asyik berkata tentang hak. Sudah tentu ini tidak membantu dunia menjadi lebih baik.

Menekuni buku Fiqh adDakwah oleh Pak Natsir tidak berapa lama dahulu memberi sisi lain bagi saya dalam melihat dunia dakwah. Sedang yang lain gemar mengguna sisi pegangan agama, buku itu memulai segala sisi pandang dengan mengangkat martabat insan – sama ada muslim atau bukan muslim. Bagi saya, ia lebih relevan dengan dunia sekarang, malah dengan fasa kebangkitan Islam hari ini.

Dan yang hebatnya, buku Fiqh adDakwah itu ditulis berpuluh tahun dahulu.

‘Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (8)’

Sudah tentu Keadilan bukan titik akhir. Seperti menjadi Adil – yakni jujur – pada diri sendiri, kita juga perlu Adil dengan setiap sesuatu. Kezaliman di Palestina tidak menyebabkan kita tutup mata akan Kezaliman yang berlaku di benua Amerika, walaupun ada yang muntah-muntah tidak boleh dengar perkataan Amerika. Moga-moga impian kita – sebuah kedamaian – akan diraih tidak lama kemudian.

Sekali lagi, selayaknya Tuhan itu Maha Adil Maha Saksama.

‘Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam kedamaian secara keseluruhannya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. (2:208)’

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s