Revolusi | Print me a Stradivarius

Revolusi Industri pada akhir kurun ke-18 membolehkan barangan dihasilkan dalam kuantiti yang banyak, lalu menghasilkan apa yang aku belajar dalam kelas sebagai economies of scale. Orang yang bertanggungjawab memulakan penghasilan secara pukal (baca : mass production) ni ialah Henry Ford, si pembuat kereta. Bagi kawan-kawan aku yang budak agama, Ford ni kira buat kerja muntij la.

Takda siapa sangka nikmat economies of scale yang dianugerah oleh Allah Azza wa Jalla melalui seorang hamba kerdil bernama Ford ini telah merevolusi seluruh sistem ekonomi. Lebih tak tersangka, ia juga telah merevolusi sistem umat manusia dalam hidup bermasyarakat. Itu korang kena tanya pulak cikgu Geografi 1st year 1st sem aku kat University of Southampton ni.

Di celah-celah Revolusi Mesir yang telah menjatuhkan Hosni Mubarak, satu lagi Revolusi akan berlaku. So, dah tak perlu lah aku marah dekat penjual printer di ebay. Habis satu rumah aku tersilap beli. Korang tengok dulu video kat bawah ni, baru nanti aku cerita lebih.

Skateboard yang korang tengok dalam video tu telah diprint secara 3D, seperti mana korang print secara 2D koswek dan assignment korang. Teknologi ini kita panggil sebagai ‘additive manufacturing’. Serius gempak!¬†Bagaimana ini boleh menjadi tidak mustahil? Nah, tengok sendiri.

Korang kena tahu, video di atas bukan hanya whistle secara hiasan. Ia boleh ditiupkan malah berbunyi kuat. Lihat sahaja video skateboard di atas. Tony Hawk pon dengki.

Akan ada beberapa kesan yang terjadi disebabkan nikmat printer 3D ini. Kos production line boleh dihapuskan. Dah tentu ini akan turut mengurangkan bilangan pekerja. Aku nak bawa satu logik, di Malaysia siapa yang banyak jadi minah kilang? Haa, orang indon dan bangla kan. Seperti mana indon dan bangla dipandang rendah dan hina oleh sesetengah kita, begitulah juga negara-negara barat tidak dapat membezakan antara kita dan indonesia. So, both kita akan dipandang rendah dan hina tanpa terkecuali. Siap, mereka gelar kita negara dunia ketiga, diorang negara dunia pertama. Kuaja diorang, mak aku ajar aku kena dapat no 1 setiap kali peperiksaan semester dan dalam segala bidang. Jadi, penghapusan kos production line juga bermaksud negara-negara seperti kita akan kehilangan mata pencarian.

Selain itu, secara superficialnya, waste akan berkurangan. Ini berita gembira buat Anne Leonard, yang bertungkus lumus menyedarkan kita tentang alam dan kemanusiaan. Selain itu, sebarang imaginasi saintis yang super pelik dan super kreatif boleh diterjemahkan dalam bentuk nyata. Just press the print button.

Hari ini, cetak rompak hanya berlaku secara besar-besaran di PirateBay dan Torrent. Terciptanya printer 3D akan lebih memaharajalelakan gejala ini. Kalau sekarang Adidas menjadi Abibas dengan mengubah sedikit corak-corak pada kasut tersebut, printer 3D akan membolehkan kita meniru bulat-bulat kasut Adidas dan print sendiri. Takkan la Adidas nak saman setiap individu. Wohoo, ini dah macam strategi Quraisy nak bunuh Rasulullah waktu Hijrah.

Bukan itu sahaja, korang lepas ni boleh customise sendiri barangan yang korang nak and then press the print button again. Terhasillah lepas ni mass customization yang bakal menghapuskan mass production. Kalau tadi pengilang akan dapat berita baik disebabkan pengurangan kos production line, kini mereka perlu berfikir dua kali. Bila mass customization mengambil alih corak ekonomi bergerak, ini bakal menyebabkan kilang-kilang mereka hanya layak dibakulsampahkan, kerana dunia bisnes telah menjadi decentralize.

Seperti mana Revolusi Industri telah menjatuh kan era Pertanian dengan mengubah corak hidup umat manusia ketika itu, begitulah juga dengan nasib era Industri pada hari ini. Revolusi Teknologi kini sudah berada di tahap kemuncak.

Irhal Mubarak! Irhal Industri! Irhal Mubarak! Irhal Industri!

Memang betul printer 3D ni bukan perkara baru dan telah digunakan untuk penghasilan prototype terutama dalam bidang aerospace, medik dan automotif. Tapi, benda yang sama berlaku pada komputer dan internet. Zaman silam, internet hanya digunakan oleh perisik Zionis, tapi hari ini ialah telah masuk ke setiap rumah. Aku dapat henpon pertama ketika habis SPM, tapi budak-budak sekarang belum sunat dah ada henpon.

So, korang rasa berapa lama lagi before printer 3D akan ada dalam rumah korang? I bet less than 5 years.

Oh ye, ini juga bermakna orang-orang dari negara Firaun perlu ada stamina yang kuat untuk melakukan dua Revolusi serentak.

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s