Baca Quran

Semua orang ada idola.

Biasanya, idola ada sesuatu yang paling kita passion sekali. Kalau paling passion ialah main bola, idola mesti dari pemain bola sepak – Messi, Cristiano Ronaldo ataupun Safee Sali. Kalau paling passion ialah tengok movie, idola dah tentu pelakon hebat – Brad Pitt, Angelina Jolie atau Adi Putra.

Lepas tu, terikut-ikut (baca : terkinja-kinja) nak ikut cara pakai, cara main, dan cara cakap idola kita tu. Oh ye, ikut cara hidup sekali.

Nak tahu cara pakai, cara main, cara cakap, dan oh ye cara hidup idola kita tu, kita akan baca la dari sumber-sumber best seperti manutd.com, goal.com, URTV, Marie Clair dan sebagainya. Nak buat macam mana, dah itu sumbernya.

Perkara ini agak normal dan mudah untuk difahami. Sebab semua kita merasainya. Dan, kita tahu apa yang paling kita passion. Tak payah tipu.

Sahabat-sahabat selalu tanya soalan demi soalan kepada Rasulullah – dari soal sex hinggalah soal jihad. Seolah-olah mahu tahu segalanya dari Rasulullah. Dan, mahu ikut semuanya dari Rasulullah.

Seorang sahabat ni paling best, tanya tentang akhlak Rasulullah.

Aisyah – isteri Rasulullah – seolah-olah menjawab,

‘Kamu nak tahu akhlak Rasulullah?? Pergi baca alQuran tu ha.”

Oh ye, lupa nak tanya. Passion kamu memang nak contohi Rasulullah ke?

One thought on “Baca Quran

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s