Clarify

1.

Semasa lunch semalam bersama Ummi dan Nabil, kami memilih Raudhatus Sakinah (RS) sebagai topik borak-borak. Insan-insan yang menjayakan RS memang sangat hebat.

Saya : Aik, biar betul? Ammar macam tak setuju la dengan benda tu. Nanti tak fitrah la, sian anak tu. Kalau diorang betul-betul dah berubah after 2 tahun, haa macam mana?

Ummi : Ammar kena cuba rasionalkan kenapa diorang buat macam tu. Mesti ada sebab, betul tak? Tapi, Ummi pun tak pasti details dia sangat.

Nasihat Ummi supaya ‘Ammar kena cuba rasionalkan’ telah menenangkan hati yang kurang senang dengan beberapa perkara. Pengajaran yang saya dapat sangat mendalam.

2.

The fastest communication ways all around the world are :

1) Tele-fax

2) Tele-phone

3) Tell-a-woman

want it faster? tell her not to tell anyone !

Masyarakat kita memang suka gosip dan cerita sensasi. Seperti selalunya, watak utama yang sebarkan gosip dan cerita sensasi ialah kaum wanita, atau sekurangnya lelaki yang mahu jadi wanita. Betul atau tidak, itu saya tak pasti.

Yang pasti, budaya gosip memang tidak bagus.

3.

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٍ۬ فَتَبَيَّنُوٓاْ أَن تُصِيبُواْ قَوۡمَۢا بِجَهَـٰلَةٍ۬ فَتُصۡبِحُواْ عَلَىٰ مَا فَعَلۡتُمۡ نَـٰدِمِينَ

‘Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.’ (49:6)

‘Klarifikasi’ (tabayyun) ialah budaya Islam. Cerita ringkas latar belakang ayat tersebut ialah alWalid ibn Uqbah telah diutus Rasulullah saw ke perkampungan Bani Mushthaliq untuk mengutip zakat yang telah dikumpulkan oleh alHarits ibn Abi Dharar. alWalid kembali menghadap Rasulullah saw memberikan laporan bahawa alHarits dan Bani Mushthaliq enggan membayar zakat malah ingin membunuhnya. Rasulullah saw pon menghantar sahabat lain untuk proses tabayyun (klarifikasi) dan ternyata laporan alWalid tersebut adalah suatu pembohongan. Malah, alWalid tidak hadir pun perkampungan tersebut lalu membuatkan alHarits tertunggu-tunggu utusan daripada Rasulullah saw.

Dua poin yang perlu highlight :

1) Perkataan yang Allah gunakan ialah naba’, bukan akhbar. Naba’ bersifat berita-berita penting, manakala akhbar bersifat berita-berita umum.

2) alWalid merupakan utusan yang dipercayai (baca : mendapat thiqah) Rasulullah saw untuk menunaikan amanah mengutip zakat daripada perkampungan Bani Mushthaliq. Namun, yang terpercaya tidak semestinya kebal dari berubah menjadi alFasiq.

Dua indikator utama untuk tabayyun ialah naba’ dan fasiq. Susah untuk kita tentukan siapa yang alFasiq dan yang tidak, sebab utusan terpercaya Rasulullah saw pun boleh terjerumus ke dalam lembah kefasikan. Malah saya tidak pasti boleh atau tidak kita claim seseorang itu ialah alFasiq. Oleh itu, indikator naba’ sangat membantu. Bila kita sedang berhadapan isu-isu penting, fa tabayyanu !

4.

Habit 5 ‘Seek first to understand, then to be understood’ (The 7 Habits of Highly Effective Teens by Sean Covey) boleh membantu. Amalan ‘Self-Centered Listening’ berlaku apabila kita mendengar sambil melihat semuanya hanya dari kacamata kita. Ini sangat berbahaya kerana kita seolah-seolah meminta empati, bukan memberi empati. Walhasil, assumption pun berlaku.

Sepatutnya, sebelum mendengar, kita suspend dahulu any judgement kita, betul tak?

Oleh itu, praktikkan ‘Genuine Listening’.

Oh ye, di sekolah kita membesar dengan konsep 3M (Membaca, Menulis, Mengira), sedangkan kita tidak diajar konsep Mendengar. Hey, we have two ears and only one mouth. Hello~!

5.

Buku alAwaiq (Hambatan-Hambatan Dakwah) oleh Muhammad Ahmad arRashid ada menyentuh tentang assumption.

‘Barangsiapa yang ingin selamat dari ghibah, hendaklah ia menutup pintu adz-dzan, barangsiapa yang selamat dari adz-dzan, maka ia akan selamat dari tajassus, barangsiapa yang selamat dari tajassus, maka iakan selamat dari ghibah’ – alFudhail bin Iyadh (alAwaiq, subtopik ‘Aib Mempunyai Titik Tolak’)

Kemudian, Muhammad Ahmad arRashid memberikan flow cantik perihal ini :

adz-Dzan (assumption) > atTajassus (mencari-cari kesalahan orang lain) > alGhibah (mengumpat) > alHasad (hasad dengki) > anNamimah (adu domba) > alKazab (dusta)

Dalam mana-mana peristiwa fitnah besar sejarah Islam, alKazab (dusta) lah titik akhir kesalahan si pelaku fitnah. Contohnya, Musailamah alKazzab. Inilah aib yang mempunyai titik tolak, seolah-olah sebuah rantai makanan. Hari ini pun, sejarah fitnah berulang-ulang dan alKazab sentiasa mendapat tempat utama dalam mana-mana peristiwa fitnah.

Mudahnya, jangan mula buat assumption.

6.

Nasihat Dr Tariq Ramadan, ‘View other people in humanity, but view ourselves in sincerity’. So, stop making assumption wa fa tabayyanu !

Let’s alHubb.

6 thoughts on “Clarify

  1. “Hey, we have two ears and only one mouth. Hello~!”

    :) bagus sekali postnya. siapa sih gerangan penulis. :p

  2. dr segi bahasanya juga [naba’] membawa maksud pasti sedang [akhbar] membawa maksud samar2

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s