Masa Kosong.

‘Mehnah-tribulasi-ujian’ sebenar seorang da’I itu bukanlah pada penentangan si-kafir terhadapnya. Bukan juga pada penjara, penyeksaan dan pelaparannya. Tetapi yang lebihnya ialah pada kelesuan himmah dan rasa seronoknya dengan berehat.

Mehnah seseorang da’i ialah ketika dia hanya bermain-main, lalai dan duduk tanpa melakukan apa-apa. Mungkin dia terjerumus lebih jauh lagi iaitu apabila terbuka pintu ‘lagho’ selepas hanya sekadar bermain-main sahaja.
Itulah mehnah sebenar yang diadakan oleh jahiliyyah bagi para da’i. Jahiliyyah membentangkan penarikan dan segala bentuk hiburan yang boleh da’I tertarik kepadanya.

Kejayaan para da’I ialah apabila jiwanya merasa jijik terhadap apa sahaja perkara yang tidak boleh memajukan dakwahnya.
Lalainya seorang da’I merupakan suatu mehnah, kerana ia boleh memalingkannya daripada kemenangan yang mungkin tercapai jika dibuat usaha bersungguh-sungguh dan kerja berterusan. Mehnah itu juga boleh memalingkannya daripada ganjaran dan pahala ukhrawi yang muqaddimahnya adalah kesungguhan.
Nama kita akan terus tercatat di dalam rekod orang-orang yang ‘ghafilin’-lalai selagimana kita hanya memberikan ‘waktu-waktu lebihan’ untuk dakwah. Juga selagimana kita tidak mabuk cinta ‘passion’ kepada dakwah kita dan menganggapnya sebagai profesion kita yang utama.

Da’I sebenarnya tidak memiliki dirinya sendiri sehingga dia layak memberikan cuti kepada dirinya. Tetapi dirinya itu -sebagaimana digambarkan oleh sesetengah afadil- adalah sebagai ‘wakaf kepada Allah swt’. Sebiji seperti senaskhah kitab bermanfaat yang diwakafkan kerana Allah swt dan diletakkan di salah sebuah masjid. Maka setiap da’i adalah wakaf untuk Allah dalam salah satu bahagian dakwah.
Waktu-waktu ‘lebihan’ bukan sahaja sedikit dan terhad, tetapi ia juga merupakan waktu yang paling tidak berkualiti, kerana fikiran dan fizikal pada waktu itu berada dalam keadaan yang amat-amat penat dan letih (setelah diperah airnya seharian ibarat tebu – pent.)

dipetik dari muntalaq.wordpress.com

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s