Menuju ‘Amilin

Khutbah tadi membawa kembali kisah masyhur oleh Abu alHasan Ali anNadwi. Lebih kurangnya begini,

Sebuah tugu besar dibina bagi memperingati kehebatan seorang tokoh yang telah mati. Lalu, orang ramai terpesona dan kagum. Tiba-tiba, hadir seekor burung dan bertenggek di kepala tugu besar tokoh itu. Nah, diberi sebiji tahi busuk sebelum kembali terbang bebas di angkasa raya.

Barangkali, apa yang kita belajar?

Islam hari ini dipersembahkan dengan sejarahnya yang hebat dan gagah. Kenangan dan nostalgia sebegitu memang perlu bagi kebangkitan izzah seekor kijang yang pengecut supaya menjadi singa yang berani. Namun, bila kijang itu tidak mampu membezakan antara ilusi dan realiti, yang dilaungkan hanyalah singa-singa di kalangan nenek moyang mereka. Kijang masih tetap seekor kijang. Tambah pula sifat pengecut.

Realiti hari ini perlu dikalahkan dengan realiti, bukan dengan ilusi hebat masa lampau.

Hal Nahnu Qaumun Amaliyun

Setiap orang melihat menggunakan neraca yang berbeza.

Dalam ekonomi, kita menggunakan Gross Domestic Product (GDP) sebagai penanda aras kemajuan sesebuah negara. Semakin tinggi GDP, semakin majulah negara tersebut. Walhal, GDP dan pengagihan GDP merupakan dua perkara yang berbeza. Kalaupun GDP tinggi, tapi diagihkan hanya kepada golongan kaya, apa guna?

Ada yang melihat dakwah itu sudah hebat dijalankan bila terbinanya institusi-institusi yang grand, persis Masjid Besi, Masjid Terapung, KLCC, Persatuan OIC, BADAR, website canggih dan up-to-date, dan seumpamanya.

Semua itu benar.

Cuma bagi kita, neraca yang lebih tepat untuk menggambarkan kehebatan sesebuah dakwah ialah terbinanya individu-individu seperti singa. Oleh kerana itu, sebarang usaha ke arah terbinanya individu-individu hebat ini merupakan prioriti bagi kita walaupun tak famous, tanpa dinafikan bahawa institusi ada pengaruh tersendiri pada pembinaan individu-individu (dalam hal ini, institusi menjadi alat, dan individu masih menjadi neraca/matlamat).

Kalau orang lain lebih terpesona dengan keindahan Istana alHambra, biarlah kita lebih terpesona dengan kefahaman dan semangat Tariq bin Ziyad.

Di Fasa Ini

Apabila dakwah sudah mula dilihat dan disebut-sebut oleh orang ramai, maka pengembangan amal dakwah adalah perlu untuk menjamin kualiti individu yang sedia ada. Bila mahu berkembang, ramai yang teragak-agak. Jawapan kita, ia perlu untuk menjaga asolah dakwah.

Semakin berkembang amal, semakin berkurang masa. Inilah sunnatullah, bak wasiat Imam Hasan alBanna – alWajibaat aktsaru min alAwqaat. Kewajiban itu lebih banyak daripada masa yang ada.

Jadi, yang diperlukan ialah disiplin.

Kami adalah panah-panah terbujur,

yang siap dilepaskan dari busur,

tuju sasaran, siapapun pemanahnya

Kami adalah pedang-pedang terhunus

yang siap terayun menebas musuh

tiada peduli siapapun pemegangnya

asalkan ikhlas di hati untuk hanya Redha ilahi

(Tekad – Izzatul Islam)

Tiada siapa kata ia mudah. Walaupun neraca tetap neraca, kita perlukan keduanya – individu dan institusi. Barangkali Ramadhan kali ini kita mahu guna sepenuhnya untuk menjemput jalan-jalan keluar yang tak disangka-sangka, hadiah Allah buat mereka yang bertaqwa. Kerana, bulan Ramadhan ialah bulan berubah menjadi alMuttaqin.

Bukan sekadar bulan menjaga diri dari perkara yang membatalkan puasa.

Wallahua’lam bi asSowaab.

Allahuma ya muqollib alquluub, thabbit qalbi ‘ala dinika wa tho’atika.

4 thoughts on “Menuju ‘Amilin

  1. Best.
    tpi kan mar, x paham part ni la…

    Apabila dakwah sudah mula dilihat dan disebut-sebut oleh orang ramai, maka pengembangan amal dakwah adalah perlu untuk menjamin kualiti individu yang sedia ada. Bila mahu berkembang, ramai yang teragak-agak. Jawapan kita, ia perlu untuk menjaga asolah dakwah.

    tlg xplain leh?
    :)
    jzkk

    • bismillah.

      dakwah ini bergerak dan berkembang secara nature en. dia bukan mcm robot i.e tetibe je rasa nak jahriah la, takmau sirriah dah. dia bukan camtu, tapi ada flow yang nature.

      cuba baca fiqh sirah albuti bab fasa jahriah. die akan ckp yang bila dakwah ni mula disebut-sebut orang, then rasulullah pon jahr kan la. sbb kalau sirriah lagi bahaya – bahaya utk dakwah, dan bahaya utk kualiti para sahabat.

      so, mcm mana dakwah ni boleh disebut2 orang sedangkan fasa sirriah? kontradik tak? haa, ini menunjukkan yang dakwah ni mmg nature dia ialah berkembang. rahsia mcm manapun orang akan tahu. dan bila ramai dah tahu dan mula sebut, mmg perlu jahr utk jaga asolah dakwah.

      tapi bukan mudah nak ubah mentaliti dari sirriah kepada jahriah, perlukan juga orang2 seperti umar dan hamzah. tapi, bila sampai waktu, mmg perlu jahr. kalau dok sirriah lagi, mmg tak tepat la dgn cara dakwah nabi.

      wallahualam

      • Jzkk. Sememangnya kita memerlukan artikel sebegini ketika semangat untuk membina institusi berkobar-kobar.

        Ahsanta Ammar! Tiada siapa kata ia mudah. Walaupun neraca tetap neraca, kita perlukan keduanya – individu dan institusi.

  2. Waaahh..
    Alhamdulillah, faham dah.
    Benda yg ikut sunnatullahnya patut jadik, mmg akan jadik, dan kita kenalah menyambut kejadiannya.
    gitu eh?
    :)
    nice!

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s