Orbit Baru

Apabila harakah Islam ini telah menjalani marhalah tarbiyah dan penyebaran ini, ia akan mara setapak pula memasuki era pertembungan fikrah; “..fasa pertarungan menentang sistem batil yang pincang dan menguasai masyarakat manusia”

Ini adalah kerana “sistem pemerintahan dan kepimpinan tidak akan berubah hanya semata-mata wujudnya satu golongan seperti ini di muka bumi. Dengan erti kata lain apabila wujud satu gerakan Islam bertapak di bumi, maka akan turun malaikat dari langit, mengusir orang fasik dan jahat dari tampuk pimpinan kuasa dan seterusnya meletakkan orang yang soleh dan beriman di kerusi tersebut. Ia tidak mungkin terjadi. Tidak jalan lain, jamaah Islam hendaklah terus bertarung menghadapi kuasa-kuasa kufur dan fasik itu”

Di tengah-tengah pertarungan itu; “..da’i dan pembawa panji-panji ini akan diuji dengan pelbagai musibah, kesukaran atau tribulasi yang sukar. Mereka menderita dan ditakutkan, dipukul, dibunuh atau diusir dari negeri sendiri. Mereka mengorbankan jiwa raga mereka dengan sabar, tabah, ikhlas dan keazaman yang kuat. Mereka diuji dengan kepayahan, kesusahan dan pelbagai ujian lain.”

(alMuntalaq, Bab 13 Ikatan Janji)

Ha Ha Ha

Teringat lebih kurang pesan Ustaz Hensem pada saya dan juga Imran Razali, kita mesti boleh gelak bila hadapi masalah, kalau tak nanti lagi tension. Baru-baru ini Ustaz Hensem gelak besar tiba-tiba. Ada masalah besar le tu. Ha Ha

Bukan mudah nak gelak ketika menghadapi masalah. Ada kisah seorang ahli IM yang suka buat lucu bila diseksa dalam penjara serta ketika sedang menawan dua tentera musuh yang sedang berzina di kubu mereka…nak tahu?

Ha Ha Ha

One thought on “Orbit Baru

  1. Tahniah Ammar, sedikit sebanyak dakwah mu telah sampai ke hati ini. Alhamdulillah..Bangkit dan terus bangkit!

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s