Rabithah

Allahumma innaka ta’lamu anna hazihil quluub.

Doa rabithah adalah sebuah karya indah tentang hati. Segalanya terletak pada kata kunci quluub, seperti hadith kebaikan dan keburukan itu tergantung pada hati. Sebuah doa di bawah bayangan sifaatul quluub yang khas. Boleh sahaja doa rabithah ini dibacakan oleh sesiapa, tapi yang benar-benar mengerti hanya mereka yang teristimewa.

Qad ijtama’at ‘ala mahabbatika.

Mereka yang berkumpul atas kecintaan kepada Allah. Lafaz ‘qad’ menguatkan lagi makna sifat hati ini. Pemilik hati-hati ini tidak mampu dibatasi oleh batasan bersifat bumi seperti geografi, bangsa, negara, masa, mahupun apa sahaja. Ia bebas sebebas burung berterbangan di langit. Kerana perkumpulan mereka ini bersifat dengan sifat dimensi lain, yang tidak termaktub pada ruang dan waktu.

Ada yang berkumpul kerana mereka satu hobi. Ada yang berkumpul kerana mereka satu kepala. Ada yang berkumpul kerana mereka satu lokaliti. Ada yang berkumpul kerana satu tanzim. Ada yang berkumpul dengan pelbagai alasan – dari alasan seorang manusia kepada alasan bersifat haiwan ternak balhum adhol.

Tetapi, pemilik hati-hati istimewa ini berkumpul hanya kerana suatu sebab teragung iaitu mahabbatullah. Lalu kita bertanya, perlukah kepada sebab lain?

Kerana itu, biar jauh. Tapi, kita tetap satu hati.

Maka, eratkanlah ya Allah.

‘saudaraku…sebelum melangkah lebih jauh, hadirkan wajah ku dalam doa mu. supaya biar perjalanan kita ialah sebuah perjalanan cinta’

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s