Tentera Allah

Sewaktu pulang dari out station di Pulau Kapas 3 hari lepas, saya berborak dengan seorang pemuda segak di dalam bas. Seorang trainee navy di Lumut, katanya. Fahmi, 20 tahun.

Saya ambil peluang untuk bertanya dan berkenalan lanjut.

Ada beberapa perkara yang dia maklumkan saya :

1. Tentera Malaysia memegang konsep defensif, bukan ofensif seperti negara-negara besar lain.

2. Tempoh training navy ialah 3 tahun. Naik tahun 3, ada komisyen – ala-ala graduasi. Di majlis itu, akan ada satu malam seperti prom night. Semua askar diminta membawa seorang teman wanita sebagai pasangan. Kalau tiada teman wanita, perlu bayar mana-mana wanita untuk dijadikan teman wanita. Kononnya, nak elak daripada navy menjadi gay. Sampai 4 pagi, tak kisah nak buat apa dengan teman wanita tersebut.

3. Ragging (atau dia lebih suka panggil mental tochure) merupakan budaya biasa di situ. Katanya, bagus juga, boleh jaga kerahsiaan negara. Saya katakan, tentera terbaik ialah tentera dalam sejarah Islam. Selalu sedikit, tapi asyik menang. Sanggup mati pula tu. Sedangkan Rasulullah tidak tochure seperti video yang saya temui di YouTube. Menurutnya, itu navy indon – dan apa yang berlaku dalam video tu merupakan kebiasaan bagi mereka.

4. Tanya saya lagi, apa perubahan berlaku setelah masuk navy. Dia kata semakin berdisiplin dan menepati waktu. 3 bulan pertama training seperti neraka. Contoh, berguling-guling 2-3 jam hingga muntah, kemudian perlu makan muntah itu kembali. Kadang-kadang, diludah ke dalam mulut oleh senior. Saya jadi kagum, walhal geli pun ada. Lalu, di rumah pasti berdisiplin. ‘HaHa, kat rumah la masa nak tidur puas-puas. Dah tak kisah yang lain. Kat camp, dah jadi budaya sebab semua orang macam tu’, menurutnya.

5. Minum arak dan main perempuan merupakan kebiasaan. Cuma, sekarang agak kurang. Namun, ketika belayar ke negara-negara lain, akan ada pelacur-pelacur yang sudah menanti mereka. Prinsip dia, ‘biar tak solat, tapi arak dan perempuan, no no no’

6. Kerja navy selalu belayar jauh. Lalu tinggalkan anak isteri di rumah. Menjadi kebiasaan, isteri melakukan persetubuhan dengan lelaki lain.

Mungkin beginilah secara general tentera Malaysia. Tentera Allah pula bagaimana sepatutnya?

Wa a’iddu!

<note> ‘maaf, saya tidak sempat pijak kaki dia untuk diDF. Cuma selit-selit seerah Nabi bahagian ghazwah. Semoga hati dia terdetik untuk sesuatu yang lebih luas maknanya.’

2 thoughts on “Tentera Allah

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s