Bahagia

Bahagia itu adalah kosa kata ruhani. Bila sedemikian, sesungguhnya kebahagian tidak akan pernah mampu dicapai melalui jalan materi.

Semalam, aku berbowling bersama kakak dan adik-adik, meninggalkan sweet couple Ummi Babah di rumah. HeHe. Eh, aku cakap betul. Menurut Babah, mereka couple contoh buat ikhwah akhawat waktu di UK dulu. HaHa. Sampai sekarang sebenarnya aku jeles, diam-diam la. Aku juga sudah reti spin bola bowling. Adikku jeles walaupun dia yang menang. HaHa. ‘You don’t have to win the game, you just have to win the audience’ pesanku pada dia.

Adikku macam biasa, ambil kesempatan pada duit yang aku bawa pulang ke Malaysia. Sifirnya mudah, 1 Pound boleh dapat 5 RM. Maka, aku kaya. Salah aku juga, sengaja tunjuk duit dalam dompet pada dia. Oh takpelah, budak-budak – walaupun penat dia canang kat aku yang dia sudah besar.

Beberapa hari sebelum, aku dijemput berkongsi sedikit pengalaman bersama AJK ISAC di KMB. Sebagai pendahuluan, aku mulakan dengan video hari jadi Ummi yang Along buat beberapa waktu dahulu. Ada seorang peserta perempuan menangis. Mungkin sejarah keluarganya lebih hebat dari aku. Aku juga terkesan, kerana hanya sempat satu hari bersama Ummi Babah, walaupun sudah seminggu di Malaysia. Seperti biasa, kerana sebenarnya pengorbanan mereka adalah lebih besar dari pengorbanan kita.

Tengaharinya, aku bersama anak-anak usrah. Aku suka gelakkan mereka, sebab kena belajar Bahasa Melayu di KMB setiap mingu. HaHa. Siapa suruh masuk IB Cardiff. Sempat juga aku layan bola dengan mereka. Anak usrah aku sedih, sebab pasukan pilihannya Argentina kalah teruk dengan Germany. Aku gelak lagi. Haha. Tak mengapa, hidup ini lebih besar dari sekadar bola.

Sempat juga petang itu, aku ke Bangi untuk menziarahi ‘ibu’ku di KMB, Pn Khuzaimi. Keluarganya sangat mesra, atau boleh kata terlebih mesra. Aku bahagia melihat mereka begitu. Aku berkenalan dengan hampir setiap ahli keluarga Pn Khuzaimi. Mereka mudah senyum, dan mudah ketawa. HaHa. Sempat aku main dengan Baby Amni yang sebijik macam jepun dan juga Fateh yang berak dalam pampers. Bila aku tanya, Fateh kata berak itu tidak kotor dan tidak busuk. HaHa. Aku cuba membenarkan pernyataan itu, walau sukar sekali. Selepas mahgrib berjamaah bersama keluarga Pn Khuzaimi, aku bergegas pulang.

Malamnya, aku kembali ke KMB untuk Malam Kesenian Islam. Hadhir lambat sedikit, kerana leka bersama keluarga Pn Khuzaimi, serta kereta rosak di tengah perjalanan. Aku dan seorang teman lepak kejap di tepi jalan raya, menyanyikan lagu ‘Kereta Kecilku Berbunyi’. Seronok, rasa macam nak rosak selalu je kereta.

Setelah MKI, aku dan seorang teman baiki kereta tersebut hingga ke pagi. Penat, tapi banyak juga belajar tentang kereta. Skill hidup, untuk dakwah juga. Kemudian, aku dan 2 orang bekas usrah ke Restoran Rashid yang menjadi favourite batch KMB kami. Pergh, memang power. Seorang dari kami ingin buat reunion usrah. Oh ye, usrah itu maksud literalnya keluarga. Tak sabar nak reunion, setelah kami bertebaran di seluruh dunia. Kami tidak sehebat atau seqowiy ikhwah akhawat lain, tapi alhamdulillah semua masih tsabat hingga hari ini. Sekurang-kurangnya, kami penuhi salah satu rukun baiah. HeHe. Moga kita terus tsabat hingga menemui Allah.

Prinsipnya, janji berada dalam sistem tarbiyah, kerana di sana sentiasa ada peluang untuk berubah.

Itu kesimpulan bila bersama keluarga. Sungguh, membangun keluarga merupakan batu-bata penting dalam membina sebuah peradaban baru. Jangan tergesa-gesa mahupun bercakap kencang dalam dakwah ini sebab tak semua mampu membina sebuah keluarga dakwah, walaupun sering mengisi daurah dan sibuk ke sana ke mari.

Tanda keluarga dakwah, ia menjadi qudwah kepada masyarakat umum, bukan hanya pada ahli dakwah. Maka, cinta perlu dibina di dalam keluarga dakwah terlebih dahulu.

Supaya biar peradaban baru kita orang kenali sebagai sebuah peradaban cinta.

2 thoughts on “Bahagia

  1. Ammar qowiyy.
    :)

    Rajin2, share lah video mak ammar. Nak tengok jugak.
    hek3…

    Cemburu membaca kbhagiaan orang lain.
    Kena bekerja lagi kuat! jom3!!

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s