Kemuliaan

17 Jun 2010. Bermula fasa kedua hidup saya, berdasarkan purata umur 60 tahun umat ini. Hadiah ikhwah kepada saya ialah sebuah mukhayyam. Terima kasih kerana Jihad ialah permulaan fasa ini. Saya kira ia sebuah permulaan yang sangat baik, kerana Jihad adalah nikmat yang lebih berharga dari kebanyakan perkara menurut Tuhan, melalui ayat 24 atTaubah. Doakan saya syahid. Doakan juga sebegitu buat bakal isteri dan anak cucu saya (zuriat dan binaan mutarabbi). Oh Tuhan, biar penduduk langit kenali kami sebagai Generasi asSyuhada’.

Seperti Tembok Berlin yang roboh 21 tahun yang lalu, ada tembok-tembok khas yang bakal dirobohkan oleh saya dalam fasa ini inshaAllah. Tinggal 4 tahun sebelum Nabi SAW membina Baitul Muslim dan tinggal 14 tahun sebelum alAmin sebagai asas Nabi SAW membina Mujtama’ Muslim.

Hari ini adalah 20 tahun sebelum fasa terakhir/matang hidup saya bermula. Ahh, saya bukan seperti mereka yang miang pada umur 40 tahun. Cukuplah Nabi SAW tunjukkan qudwah pada fasa ketiga hidup baginda. Moga saya seperti itu juga – fasa terakhir ialah fasa perjuangan habis-habisan.

Mungkin timeline umur saya ada kena mengena dengan timeline umur IKRAM. Saya mohon pada Tuhan sayalah rijalNya.

20 Jun 2010. Sebuah pertubuhan iaitu IKRAM dilancarkan. Kiraan saya ia bukan baru, kerana ukhuwwah adalah asas IKRAM, selain asas kegemilangan. Menurut pengalaman, ukhuwah tidak terbina dalam satu dua hari. Apatah lagi, ia tidak perlu dilancarkan.

Jadi, yang dilancarkan baru-baru ini bukanlah sebuah ukhuwwah, tetapi sebuah perjuangan dalam episod baru. Episod baru bermakna cara baru, kisah baru dan cabaran baru. Biasanya, episod baru adalah kesinambungan kepada episod yang sebelumnya. Begitulah siri episod dakwah ini perlu difahami atas sifat istimroriyah. Tugas kita hanyalah menyambung rantaian panjang dakwah ini, yang dimulakan oleh barisan qiadah kita yang pertama iaitu Muhammad bin Abdullah, Abu Bakar asSiddiq dan Umar alKhattab.

Tentang dakwah dan tarbiyah ini, ada satu yang tetap sama – ia akan terus menapis para du’at supaya dakwah ini dapat maju bergerak. Namun jangan risau, di setiap marhalah akan ada rijalNya. Begitulah yang disingkap melalui sirah dan pengalaman dakwah.

.

Barangkali, kita banyak bertanya-tanya. Mudah – dalam fasa manapun, taqarrublah.

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s