Takut-takut

Cuma bagi saya ia terlalu mudah.

Propaganda ialah perkara yang kosong nilainya. Konspirasi ialah perkara yang banyak rahsianya. Biasanya, konspirasi hadir bersama propaganda. Ia penuh rahsia, serta kata-kata mereka kosong nilainya.

Saya percaya pada sesuatu apabila ia hadir dengan penuh kejujuran. Bila ia datang untuk menakut-nakutkan, saya nisbahkan ia sebagai hantu – sesuatu perkara yang walaupun wujud, ia tetap dalam kuasa Tuhan. Hantu tidak boleh berbuat apa-apa, selain menakut-nakutkan.

Oh ye, selalunya kita yang takut bayang-bayang sendiri.

Baru-baru ini, ekonomi Greece jatuh teruk lalu menghadirkan kesan dahsyat kepada negara-negara Eropah lain. Hari ini, negara kita cuba dipadankan dengan negara Greece. Bukan pada sejarahnya, tapi pada kesan yang mungkin berlaku jika subsidi tidak dipotong.

Wah.

Sama ada saya setuju dengan perkara tersebut adalah isu kedua. Yang utama, mengapa perlu ditakut-takutkan sebegitu?

Sama seperti kita menolak kata-kata ustaz ‘siapa yang banyak bertanya maka lemahlah imannya’, begitu juga kita menolak untuk memulakan kefahaman kita dengan sifat ketakutan. Setiap sesuatu perlu bermula dengan keimanan. Dan, keimanan ialah keyakinan.

Bukan saya tidak setuju dengan beberapa perkara. Cuma bagi saya ia terlalu mudah untuk kita ditakut-takutkan.

Teguhlah!

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s