Dakwah Fardiah

Dakwah itu jalan menuju hati. Seperti cahaya, ia menembusi segalanya, kecuali yang legap. Yang legap dan yang gelap ada bezanya. Yang legap ialah yang sudah tertutup. Sama sahaja engkau beri peringatan atau tidak, mereka tidak percaya. Yang gelap itu lain. Gelap ialah perut al Nun – masih punya harapan untuk keluar menuju cahaya, seperti Yunus as.

Dakwah itu jalan menuju hati. Di setiap ada mad’u, hati akan berdetak kencang, seperti genderang menuju medan perang. Di setiap ada mad’u, darah mengalir dengan lebih cepat dari hujung kaki ke hujung kepala. Di setiap ada mad’u, otak pantas berfikir, bagaimana caranya untuk memeluk mad’u. Itulah cinta. Cinta ialah bila hati jadi tak senang – bergetar kerana rasa sayang. Bukan atas dasar aku tua dan kau muda, bukan atas dasar aku dulu dan kau kemudian. Hanya atas dasar cinta. Itulah dakwah kasih sayang. Itulah dakwah kita.

Dakwah itu jalan menuju hati. Di sana ada seketul daging; hati. Ia pengaruhi segala yang lain, baik atau buruk. Teknologi hati lebih hebat dari teknologi lain – video, promosi, program, muzik, wang, makanan dan segalanya. Sebab itu, hati perlu jadi tumpuan dakwah kita.

Sempena musim-musim dakwah fardiah ini, jangan kita tertipu selain percaya apa Tuhan kata, ‘dan Dia yang mempersatukan hati mereka. Walaupun kamu menginfakkan semua yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, Dia Maha Perkasa Maha Bijaksana.’ [al Anfal, 63]

Taqarrublah. Kerana, dakwah ini jalan menuju hati.

One thought on “Dakwah Fardiah

  1. apa i2 mad’u?bagaiman ingin menerangkan pd yang x mengetahui?
    mohon penjelasan..terima kasih..

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s