Kontribusi; jangan sekadar Kedai Kopi.

Banyak yang boleh diubah. Saya percaya kes seperti Faizal Wong Abdullah bukan sedikit. Islam didik kita hingga boleh hidup dengan sesiapa sahaja. Contoh paling mudah, Islam klasik memperkenalkan istilah kafir zimmi. Itu sudah cukup menunjukkan walau kita berbeza pegangan, kita perlu hidup harmoni bersama. Bersatu Atas Keseragaman perlu kita lupakan. Hari ini, kita Bersatu Atas Kepelbagaian seperti kata bijaksana Voltaire, ‘Saya mungkin tidak bersetuju dengan anda tetapi saya akan mempertahankan hak anda untuk bersuara’.

Lalu, kita masih bermimpi semua orang akan beriman?

Kegagalan kita mempamerkan Islam yang terbuka membantu masyarakat dari agama lain melihat nilai-nilai Islam sebagai suatu yang eksklusif – keadilan, kejujuran dan kebebasan; semuanya eksklusif. Ditambah dengan hukum-hukum fiqh yang statik, kita kaku sedang dunia dinamik dan kearah kesatuan.

Memperjuangkan si murtad perlu dibunuh bukanlah penyelesaian. Sudahlah mempermudah-mudah hukum atas si murtad, malah ia hanya menggambarkan seolah-olah perasaan kita seronok bila dapat membunuh. Walhal kita perlu bertanya, 10 tahun Faizal Wong diboikot keluarga, kita di mana?

Dalam Islam, terdapat ruang persendirian dan ruang awam. Dalam ruang persendirian – tudung, kepercayaan, solat – negara tidak perlu masuk campur lalu meletakkan peraturan. Tiada peraturan ada beza dengan tiada peduli. Kita peduli kepada mereka yang tidak mengamalkan prinsip-prinsip Islam, namun kita tidak pernah berhukum atas emosi.

Ahli gerakan Islam perlu lebih luas wawasan. Jangan sekadar seronok memperjuangkan peraturan. Kerana, krisis kita hari ini bukan krisis kenegaraan semata, tetapi krisis keimanan. Dan ia dipulihkan dari dalam.

Barangkali kita bertanya, ‘Islam sistem yang terbuka, atau sistem yang tertutup?’

4 thoughts on “Kontribusi; jangan sekadar Kedai Kopi.

  1. assalamualaikum,

    very interesting article.

    But i need clarification when u said Islam ada ruang persendirian dan awam. The example given isnt clear for me. Thanks.

    • Bismillah.

      Di Barat, secularization = freedom = religious pluralism = democracy. Namun, dengan mengakui bahawa negara majoriti muslim mempunyai sejarah yang tersendiri, secularization = colonialism = de-Islamization = dictatorship.

      Oleh itu, kefahaman terhadap sekularisasi antara dua kawasan tersebut sangat kontradik. Setelah zaman berubah, Barat lebih memahaminya sebagai pembahagian aspek-aspek dalam kehidupan. Kita lebih memahaminya sebagai suatu pemisahan agama dan negara.

      Kedua-duanya benar dalam Islam (kita ada pembahagiaan dalam deen, kita juga tidak boleh pisahkan agama dari negara). Cuma, perlu ada suatu jalan keluar apatah lagi kepada muslim di Barat supaya dakwah di Barat dapat berjalan dengan waqi’e.

      Dalam Islam memang ada pembahagian ruang-ruang kehidupan, contohnya ruang awam dan ruang persendirian. Ini bukanlah baru, kalau Islam klasik juga terdapat banyak pembahagian seperti ini. Sebagai contoh, bidang ibadah dan bidang muamalat. Sedangkan semua kehidupan adalah ibadah.

      Jadi, kita perlu deal dengan isu ini dengan lebih mendalam, bukan sekadar istilah-istilah. Kalau biasa dengan usul 20, boleh rujuk usul 16 – fal ibroh bil musammayat la bil asma’ (substance over form)

      Bagi ruang persendirian (agama) dan ruang awam (negara) pula, perlunya prinsip dan metodologi yang jelas. Ruang persendirian yang dimaksudkan ialah tudung misalnya. Pendapat saya, ia tidak perlu diletakkan dalam ruang awam, kerana ia hak sesiapa sahaja sama ada mahu memakai tudung atau pun tidak. Dari segi prinsip, kita tidak bersetuju. Namun, atas dasar ia adalah ruang persendirian dan bukan ruang awam, penyelesaiannya bukanlah dengan mencipta suatu akta untuk tudung (ruang awam).

      Begitu juga dengan solat, ia tidak perlu diletakkan dalam peraturan negara bahawa ia wajib. Kerana ada perkara dalam Islam ini yang memang perlu lahir sebagai buah keimanan. Lihatlah ayat-ayat dalam al-Quran yang bermula dengan “Wahai orang yang beriman…”. Ia perlu buah dari keimanan.

      Rasulullah sendiri tidak pernah meletakkan tudung, solat dan kepercayaan sebagai peraturan dalam politik. Wallahualam, setakat yang saya baca piagam madinah, tidak ada. Juga, Abu Bakr, Umar, Uthman dan Ali tidak melakukan sedemikian. Juga, saya terbatas pada pengetahuan cetek saya.

      Contoh realiti, Dr MAZA pernah mengutarakan pandangan supaya tidak perlu diintai-intai pasangan yang berkhalwat (sort of, saya tak pasti kenyataan sebenar Dr MAZA). Bukanlah Dr MAZA bersetuju dengan perbuatan tersebut, cumanya berbeza pada cara penyelesaiannya.

      Bila kita fahami ruang persendirian dan ruang awam ini, kita mungkin sama dalam prinsip, tetapi berbeza dari segi tindakan penyelesaiannya.

      Wallahualam. Ini hanya pandangan, boleh jadi betul boleh jadi salah. Mohon pandangan saya dibetulkan, juga dimaafkan segala kesilapan.

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s