Tentang Tarbiyah

Saya percaya isu sekarang bukan Islam vs Barat. Sebab Islam itu sebuah cara hidup, Barat itu sebuah kawasan. Cara hidup perlukan kawasan, dan kawasan perlukan cara hidup. Tanpa menafikan bahawa Barat punya falsafah tersendiri, Islam mampu untuk berkembang di Barat dengan mudah.

Dunia ekonomi dibahagi kepada tiga – Negara Dunia Pertama, Negara Dunia Kedua, Negara Dunia Ketiga. Pembahagian ini dibuat atas kata kunci Development. Sudah tentu pembahagian ini dibuat oleh wakil-wakil dari Negara Dunia Pertama. Walhasil, Negara Dunia Ketiga terus-menerus mengejar dan mencontohi Development yang dicapai oleh Negara Dunia Pertama. Ini lazim, yang inferior akan cuba mencontohi yang superior.

Tetapi, benarkah Negara Dunia Pertama lebih Developed?

Makna Development oleh Negara Dunia Pertama bersifat satu dimensi. Tiada nilai rohani dalam perkataan Development. Contohnya, modal insan. Insan dinisbahkan sebagai sebuah modal. Modal adalah objek dalam ekonomi. Dan, manusia itu bukan sekadar objek. Sebab itu doktor-doktor di Malaysia dikerahkan tenaga 24 jam. Doktor ada nilai hati dan ruh, bukan hanya pekerja kepada sebuah ekonomi.

Inilah hasil sekularisma. Kata kunci yang penting dalam ekonomi, seperti Development, telah hilang dimensi ruh dan moral. Lalu, terbinalah ekonomi tanpa ruh dan moral. Bila KDNK atau GDP meningkat, itu adalah maju. Walaupun pokok dan hutan habis ditebang.

Muslim yang ingin berjuang dalam ekonomi perlu kembalikan makna sebenar kata kunci penting dalam ekonomi. Kalau sekarang Development difahami sebagai tinggi dan gahnya bangunan dan pusat membeli belah, masa hadapan perlu memahami Development dengan keseimbangan nilai material dan moral.

Sebab itu perjuangan Islam perlu berteraskan Tarbiyah. Kerana Tarbiyah itu adalah sebuah pengembangan. Dalam bahasa inggerisnya, Development.

3 thoughts on “Tentang Tarbiyah

  1. salam alayk

    saya editor majalah muslim society di IMU (international medical uni di Kuala Lumpur) yang bertajuk ‘as-syifa’

    mohon izin publishkan article anda ini dalam majalah kami

    jzkk

  2. waalaikumussalam

    boleh sahaja..cuma harapnya diletakkan pautan blog ini sekali. bukan untuk tujuan iklan, tapi tujuan menghormati ilmu =)

    jazakillah. semoga usaha dakwah antum diredhai allah.

    doakan saya juga.

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s